Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sandwich Telur Yang Ringkas Namun Sedap. Guna 2 bahan Je!

Cara Buat Sandwich Telur Yang Ringkas Namun Sedap. Guna 2 bahan Je!

Kategori: ,
resepi sandwich telur

Selain kesuntukan masa, kebanyakan dari kita juga berasa malas untuk memasak pada waktu pagi kan? Lebih-lebih lagi buat para ibu. Kalau boleh nak sediakan sarapan pagi paling simple je untuk anak-anak dan suami. Yang tidak renyah dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disediakan.

Jadi apa kata kita cuba masak Sandwich Telur ini. Hidangan yang sangat ringkas dan cepat untuk disediakan. Anak-anak pun pasti suka sarapan sebegini. Jadi jom kita lihat perkongsian resepi dari Roha Adrinna ini.

Cara Buat Sandwich Telur Guna 2 Bahan, Mudah & Sedap!

Bahan-bahan:

  • Roti sandwich
  • Telur
  • Mayones
  • Lada sulah – jika suka
  • Garam @ perasa – jika perlu

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan telur dan rebus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya. Jumlahnya bergantung banyak mana sandwich yang anda mahu buat.
  2. Masukkan telur rebus tadi ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian lenyek menggunakan garpu hingga halus.
  3. Seterusnya masukkan mayones dengan secukupnya. Jenama bergantung pada selera masing-masing.
  4. Jika suka, boleh juga menambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada selera masing-masing.
  5. Gaul inti hingga sebati.
  6. Ambil roti dan sapukan inti telur tadi dengan secukupnya. Lebih enak jika roti disapu dengan planta terlebih dahulu.
  7. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Sandwich Telur ni? Selain dimakan pada waktu pagi, waktu malam juga turut sesuai. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula memasak sekarang.

Kredit: Roha Adrinna

Baca juga: Cara Buat Roti Telur Lain Dari Yang Lain, Tak Pernah Dibuat Orang. Jangan Cuba Sebab Berhantu!

tags: |