Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bayi Kembar Dalam Kandungan Gugur, Ibu Ini Terkilan Kerana Sering Muntahkan Air Gula

Bayi Kembar Dalam Kandungan Gugur, Ibu Ini Terkilan Kerana Sering Muntahkan Air Gula

Kategori:
ibu muntahkan air gula

Seperti yang kita ketahui, sewaktu proses kehamilan para ibu diwajibkan untuk minum air gula yang disediakan oleh pihak Klinik. Tujuan air gula ini adalah untuk mengawal paras gula dalam darah. Memandangkan diabetes atau kencing manis ini adalah penyakit yang boleh berlaku sebelum dan sewaktu hamil.

Kencing manis ini sebenarnya sangat merbahaya untuk para ibu yang hamil dan juga bayi dalam kandungan. Memang tidak dinafikan minum air gula tidak sedap. Rasanya amat manis, sedikit payau dan akan mual. Oleh hal yang demikian, ada segelintir para ibu yang menggelak untuk minum dan muntahkan air gula tanpa memberitahu jururawat.

Selalu skip air gula, wanita hamil kembar keguguran

Seperti mana yang dikongsikan oleh Info Ibu Hamil berkenaan dengan seorang ibu yang sedang mengandung kembar memuntahkan air gula tanpa pengetahuan jururawat. Disangkakan tidak akan ada apa-apa yang terjadi namun akhirnya wanita ini mengalami keguguran bayi kembarnya.

Menurutnya, semenjak awal kehamilan dia menipu berkenaan dengan air gula jadi tiada pantauan. Buku pink miliknya juga ditulis sebagai tiada diabetis. Sehinggalah kandungan 7 bulan, bayinya meninggalkan secara tiba-tiba di dalam perut. Pada ketika itu, tahap kencing manisnya tinggi.

Ekoran berdepan dengan kematian bayi kembar pada kandungan pertama, ibu berkenaan mengambil iktibar dan mula mementingkan pengambilan air gula ketika kehamilan kedua. Walaupun masih ada kejadian yang menggerikan berlaku namun akhirnya dia selamat melahirkan bayi keduanya.

Pengambilan air gula bukanlah suka-suka

Manakala menurut perkongsian Dr Muhammad Izzat, Pakar Kesihatan Wanita & Kehamilan. Beliau menjelaskan pengambilan air gula bukanlah hal suka-suka untuk para ibu. Ia adalah ujian saringan bagi memeriksa risiko kencing manis yang mudah dihadapi wanita hamil. Jika penyakit dapat dikesan lebih awal, rawatan segera boleh dilakukan bagi menggelakkan berlaku sesuatu kepada bayi dalam kandungan.

https://twitter.com/muhammadeizat/status/1174854207888711682?s=20&t=RVE5plTlK4DupSzM_honZQ

Semoga dengan perkongsian ini, ia dapat membuka minda orang ramai bahawa pentingnya air gula ini. Diharapkan juga semoga wanita mengandung di luar sana tidak ingkar dengan arahan para doktor, ianya adalah penting bagi menentukan kandungan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Kredit: Info Ibu Hamil & Dr Muhammad Izzat

tags: |