Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Roti Tak Habis? Jom Buat Roti Nestum, Sangat Mudah & Sedap. Rasa Macam Kuih Raya!

Roti Tak Habis? Jom Buat Roti Nestum, Sangat Mudah & Sedap. Rasa Macam Kuih Raya!

Kategori: ,
resepi roti nestum

Roti Gardenia atau roti keping masih banyak lagi sebab anak-anak kurang makan. Mungkin diaorang pun bosan makan dengan telur atau sekaya, jadi apa kata kita cuba buat Roti Nestum pula. Menu ini boleh dijadikan kudap-kudapan tau. Kalau makan sambil tengok televisyen memang tak perasan dah habis sebalang.

Bukan sahaja rasa macam biskut raya malah nak menyediakannya juga turut mudah. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Saidatul Humairah Aisyah. Ada roti lebih dekat rumah bolehlah buat sekarang. 

Cara Buat Roti Nestum Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Nestum | dikisar
  • Gula | dikisar
  • Milo
  • Susu tepung

Cara Penyediaan:

  1. Potong roti, terpulang nak potong besar mana kecil mana. 
  2. Goreng roti tu sehingga keperangan atau rangup-rangup sikit dan angkat. Toskan minyak sekejap.
  3. Campurkan nestum, gula, milo, susu tepung dan gaul sebati. 
  4. Roti yang sudah digoreng tadi masukkan dalam bahan campuran nestum tu. Gaul-gaul bagi roti tu diselaputi dengan bahan campuran tu sampai rata. 
  5. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Roti Nestum ini? Bahan yang digunakan juga sangat sedikit dan memang mudah untuk didapatkan. Tak payah nak pergi cari dekat pasaraya, dekat rumah pastinya sudah tersedia segala bahan tersebut. Jangan lupa ya untuk kongsikan resepi ini kepada kenalan anda.

Selamat mencuba!

Kredit: Saidatul Humairah Aisyah

Baca juga: Cara Buat Sandwich Telur Yang Ringkas Namun Sedap. Guna 2 bahan Je!

tags: |