Pulut Gaul Nyor merupakan antara makanan atau masakan orang Terengganu yang sangat sedap. Pulut yang digaul bersama kelapa parut dan dimakan bersama-sama ikan kering atau ikan rebus goreng ini memang digemari ramai. Bukan orang Terengganu sahaja ya.
Nak cuba buat Pulut Gaul Nyor ini? Jom kita buat. Kalau nak lebih sedap kena pastikan yang kelapa parut tidak terlalu tua. Barulah lebih menyelerakan.
Mudah sahaja kan? Dulu mak-mak dekat kampung selalu buat Pulut Gaul Nyor ini untuk dijadikan sarapan. Kenyang pun kenyang. Ditambah pula dengan ikan goreng yang garing, memang padu sangat. Mana yang rindu atau belum pernah makan, bolehlah cuba sendiri dekat rumah ya.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Rahsia’ Pulut Kuning Kelantan Yang Super Sedap. Semua Rasa Cukup!