Pulut Dakap merupakan antara kuih muih tradisional Melayu yang sudah wujud sejak berpuluh-puluh tahun dahulu lagi. Bahan utama kuih ini adalah pulut dan buah pisang. Pulut tersebut dikukus atau ditanak terlebih dahulu sebelum diisi dengan buah pisang dan dibalut dengan daun pisang.
Kebiasaannya, orang tua atau orang lama pasti tahu cara yang betul nak buat Pulut Dakap ini. Malah kuih yang mereka sediakan lebih sedap dan berlemak. Kalau anda ada yang teringin nak makan, bolehlah cuba buat sendiri di rumah memandangkan sekarang ini kuih ini sudah jarang dijual.
Untuk membuat Pulut Dakap ini sangatlah mudah. Jom kita lihat perkongsian resepi dari Azura Yusoff ini. Sangat mudah dan kelihatan sangat sedap.
Mudah sahaja kan nak buat kuih tradisional Melayu, Pulut Dakap ini? Budak atau orang zaman moden tak ramai yang kenal kuih ni. Jadi para ibu bolehlah perkenalkan makanan ini kepada anak-anak ya. Sangat sedap dan berlemak sangat. Memang tak rugi kalau cuba.
Kredit: Azura Yusoff Via MAHN
Baca juga: Resepi Pulut Gaul Nyor Yang Mudah, Sarapan Pagi Yang Sangat Enak Bila Dimakan Bersama Ikan Goreng!