Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Bebola Ikan Salut Tepung Yang Mudah Ini, Makanan Yang Penuh Nostalgia

Jom Cuba Bebola Ikan Salut Tepung Yang Mudah Ini, Makanan Yang Penuh Nostalgia

Kategori: ,
resepi bebola ikan salut tepung

Bebola ikan merupakan makanan segera yang sangat enak rasanya. Kebiasaannya ia akan dimasukkan ke dalam masakan seperti Mi Kari, Sayur Bening dan lain-lain masakan. Ada juga yang terus goreng atau rebus sahaja lalu dimakan bersama-sama dengan sos cili.

Namun tahukah anda ada cara masak yang lebih sedap dan menyelerakan. Iaitu Bebola Ikan Salut Tepung, rasanya memang sangat sedap. Makanan nostalgia ini dikongsikan oleh Nur Masri. Katanya dia selalu membeli makanan ini sewaktu pulang dari sekolah ketika menunggu bas.

Nak cuba buat sendiri tak Bebola Ikan Salut Tepung ini? Kalau nak jom kita lihat perkongsian resepi di bawah ini. Nampak macam sedap dan menyelerakan.

Resepi Bebola Ikan Salut Tepung Yang Sedap Dan Menjadi!

Bahan-bahan:

  • Bebola ikan
  • Tepung berempah (boleh guna bestari)
  • Tepung goreng pisang ranggup

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, masukkan air dan gaul sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan bebola ikan dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak.
  4. Goreng bebola sehingga keemasan.
  5. Siap untuk dihidangkan. Lebih enak jika dihidangkan bersama sos pencicah.

Mudah sahaja kan nak buat Bebola Ikan Salut Tepung ini? Sangat sesuai untuk dimakan pada waktu pagi, petang dan malam. Anak-anak pun pasti sangat suka jika dihidangkan makanan ini kepada mereka. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula memasak sekarang.

Kredit: Nur Masri

Baca juga: “Cuma Guna 4 Bahan Jer..”, Ini Cara Paling Mudah Untuk Menyediakan Bebola Ayam Cheese Homemade

tags: | |