Bukan semua orang boleh merasai pengalaman tinggal bersama dengan ibu tiri atau keluarga tiri. Lebih-lebih lagi jika kita seorang sahaja ahli keluarga yang tinggal bersama mereka. Yang lain semuanya adik beradik tiri. Pastinya kita akan berasa janggal dan tidak selesa.
Namun begitu, jika memiliki keluarga tiri yang baik dan sayang akan kita, pasti ianya adalah satu rezeki yang patut disyukuri. Kerana masih ramai di luar sana yang tidak bernasib baik. Walau bernasib baik sekalipun, sebagai anak tiri pastinya perasaan serba salah tetap wujud.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Noval_Al_Fajri berkenaan dengan adik tirinya yang tidak mahu makan selagi tidak disuruh. Mungkin tidak biasa dengan keadaan tersebut budak lelaki berkenaan berasa serba salah dengan ibu tirinya apabila ditanya kenapa tidak makan.
Menerusi video yang dikongsikan melalui aplikasi TikTok itu kelihatan budak lelaki berkenaan makan di atas lantai dan tidak berbaju. Tidak tahu apa yang ada di dalam hatinya saat ini. Mungkin bagi orang dewasa, tidak terlalu memberi kesan apabila tinggal bersama ibu tiri. Namun bagi kanak-kanak lain pula ceritanya.
@antho_088 #kendari #kendarisulawesitenggara #kecewadalamsetia ♬ original sound – Farhatul Fairuzah
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok. Ada yang berasa sedih apabila melihat apa yang dilalui oleh adik ini dan ada juga yang meminta agar Noval menyayangi adik tersebut walaupun bukan darah daging.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan adik ini agar diberikan kesihatan selalu dan jadi anak yang hebat. Malah ada juga yang menulis semoga anak ini bersabar.
Tidak tahu apa keadaan atau situasi sebenar yang dilalui oleh adik ini. Didoakan semoga adik ini terus diberikan kesabaran dan kekuatan. Semoga juga ibu dan keluarga tirinya melayaninya dengan baik.
Kredit: TikTok Noval_Al_Fajri