Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kejap Saya Nak Doa..”, Lelaki Hulur Bantuan Didoa Panjang Oleh Pakcik OKU Jual Kacang Undang Sebak Ramai 

“Kejap Saya Nak Doa..”, Lelaki Hulur Bantuan Didoa Panjang Oleh Pakcik OKU Jual Kacang Undang Sebak Ramai 

Kategori:
pakcik OKU jual kacang putih

Tidak dinafikan kehidupan sekarang memang agak sukar. Pelbagai perkara yang dilakukan oleh rakyat yang mengalami kesusahan untuk meneruskan kehidupan. Sanggup melakukan apa sahaja demi meneruskan kelangsungan hidup. Bagi yang mempunyai kudrat dan mempunyai anggota badan yang masih kuat dan cukup sifat, pastinya bebanan tersebut tidak terlalu terasa.

Namun bagi individu yang kekurangan sifat seperti Orang Kelainan Upaya, pastinya ianya satu perkara yang sangat sukar dan berat. Terpaksa menjaja makanan ke sana ke sini dengan hanya menaiki kerusi roda. Bab kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bantu pakcik OKU jaja kacang, tindakan lelaki ini dipuji

Seperti mana yang dikongsikan oleh Zafir Karipap menerusi aplikasi TikTok miliknya berkenaan penemuannya dengan seorang pakcik OKU yang sedang menjaja kacang putih berhampiran dengan pandu lalu McDonalds. Melihat pakcik tersebut yang berkerusi roda, dia lantas bertanya beberapa perkara sebelum menghulurkan wang berjumlah RM50.

Pada mulanya Zafir sempat bertanya berapa harga kacang tersebut namun dijawab oleh pakcik berkenaan ianya berharga RM5. Mungkin berasa kasihan kepada pakcik tersebut yang menjaja kacang untuk membayar sewa dan makan seharian, Zafir menghulurkan wang sebanyak RM50. Pakcik berkenaan ingin kembalikan semula bakinya namun sempat ditolak oleh lelaki yang baik hati ini.

Mungkin tersentuh dengan kebaikan Zafir, pakcik ini sempat meminta dia menunggu sekejap bagi mendoakan kebaikan buat lelaki ini. Malah menurut Zafir di ruangan komen, pakcik tersebut mendoakan lama untuknya. Nyatanya hal tersebut membuatkan orang ramai berasa sebak.

@zafirkaripap

Malu kita kadang2 selalu mengeluh.. dalam sehari berapa kali kita bersyukur? #zafirkongsirasa

♬ original sound – zafirkaripap – zafirkaripap

@zafirkaripap Malu kita kadang2 selalu mengeluh.. dalam sehari berapa kali kita bersyukur? #zafirkongsirasa ♬ original sound – zafirkaripap

Kejap saya nak doa..

Menjengah ke ruangan komen, ada warga TikTok yang memuji sikap baik Zafir ini. Malah ada juga yang meninggalkan komen menyatakan untungnya ada orang tolong doakan.

Malah ada juga yang berasa lucu dan sempat ketawa bila mana Zafir menjawab yang dia tidak mempunyai anak. Hanya memiliki anak tekak sahaja.

Didoakan semoga pakcik dan lelaki ini terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih kerana menunjukkan contoh yang baik untuk rakyat Malaysia. Hebat anak muda!

Kredit: Zafirkaripap 

Baca juga: “Sedihnya..”, Hidup Dengan Ibu Tiri, Budak Lelaki Ini Tidak Makan Jika Tidak Disuruh Undang Sebak Ramai

tags: | | |