Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Hanya Guna Bahan Dapur, Ini Dia Petua Untuk Halang Kucing Berak Merata

Hanya Guna Bahan Dapur, Ini Dia Petua Untuk Halang Kucing Berak Merata

Kategori: ,
petrua halang kucing berakl merata

Kucing merupakan antara binatang yang paling banyak dipelihara oleh masyarakat kita. Terdapat pelbagai jenis baka kucing, ada kucing parsi, kucing kampung dan sebagainya. Kebanyakan kucing kampung ini ditemui dalam keadaan terbiar. Sering kelihatan di pasar-pasar basah dan premis bangunan.

Namun begitu ada juga kucing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan rumah kita. Melihat kucing ini pasti timbul rasa kasihan kan, jadi pastinya ramai dalam kalangan kita akan memberi mereka makan. Umum mengetahui bahawa binatang ini tidak mempunyai akal dan pastinya mereka ini akan berak merata.

Lebih teruk lagi apabila berak di kawasan parking kereta, depan rumah serta depan pintu. Hampir setiap hari kita terpaksa membersihkan najisnya. Sehinggakan dari rasa kasihan timbul rasa geram dan amarah dalam diri. Pelbagai macam cara yang dibuat bagi memastikan kucing ini tidak berak di kawasan rumah. Menyembur cuka, meletakkan air merah dalam botol namun tetap juga ada najis mereka ini.

kucing berak

Nak tahu cara yang lebih mudah dan menjadi untuk mengelakkan kucing berak merata? Jom kita ikuti cara yang dikongsikan oleh Zuriaty Musa menerusi aplikasi TikTok.

Cara Halang Kucing Berak Merata, Hanya Guna Bahan Ini Sahaja!

Bahan diperlukan:

  • 2 labu bawang putih
  • 3/4 batang serai
  • Sedikit air

Cara-caranya:

  1. Kisar kesemua bahan di atas.
  2. Tapis dan ambil airnya. Masukkan ke dalam botol spray.
  3. Kemudian sembur di kawasan kucing selalu berak. Untuk musim hujan kena buat dua minggu sekali. Kalau musim kemarau, cukup sekali sebulan sahaja.
@zuriaty_musa Ada peminat kucing tak kat sini? #peminatkucingmalaysia #oyennakal #tahukahanda ♬ Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama

Mudah sahaja kan cara untuk elak kucing berak merata? Gunakan sahaja cara ini. Selain digunakan untuk kucing liar, cara ini juga boleh digunakan untuk kucing peliharaan anda yang degil.

Semoga bermanfaat!

Kredit: TikTok Zuriaty Musa 

Baca juga: Semut Banyak Dalam Rumah? Boleh Guna 5 Bahan Dapur Ini Untuk Menghalaunya Dengan Mudah

tags: | |