Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kes Mengamuk Di Restoran Kerana Sedap , Lelaki Ini Menangis Bila Family Diganggu Netizen

Kes Mengamuk Di Restoran Kerana Sedap , Lelaki Ini Menangis Bila Family Diganggu Netizen

Kategori:

Makan di kedai merupakan satu kebiasaan bagi masyarakat kita pada hari ini. Dengan lambakan kedai dan restoran, ia hanya perlu dipilih berdasarkan selera anda. Jika teringin nak makan makanan barat, pergi sahaja ke restoran makanan barat. Begitu juga sebaliknya. Ada yang restoran dikunjungi ramai orang dan ada juga yang tiada pelanggan.

Namun apabila sesebuah kedai atau restoran menyediakan makanan yang kurang enak, pastinya timbul rasa tidak puas dalam hati kan? Kebiasaannya apabila tidak sedap ada yang berani marah-marah kepada tuan kedai. Namun ada juga yang berani marah dan mengamuk kerana masakan yang dimakan terlalu sedap.

Lelaki mengamuk di restoran kerana masakan yang disediakan sedap

Seperti mana yang dikongsikan oleh Izuan Razali menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan dirinya yang mengamuk kepada tukang masak gara-gara ikan bakar yang dipesan sedap. Sebelumnya, ramai yang mula panik apabila lelaki ini mula menengking dan memarahi tukang masak di restoran tersebut. Malah pelanggan lain juga turut menoleh.

@izuan_razali

Siapa masak ni sedap oooo @kuningikanbakar 🔐🔐🔐 #Fyp #izuanrazali 📍Kuning Ikan Bakar Jalan Alor 🏡 #kuningikanbakar

♬ original sound – Izuan Razali – Izuan Razali

@izuan_razali Siapa masak ni sedap oooo @kuningikanbakar 🔐🔐🔐 #Fyp #izuanrazali 📍Kuning Ikan Bakar Jalan Alor 🏡 #kuningikanbakar ♬ original sound – Izuan Razali

Lelaki ini sudah memohon maaf kepada tuan kedai berkenaan dan sudah tiada masalah bagi kedua-dua belah pihak. Walaubagaimanapun, ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Kata mereka, walaupun sedap tidak perlu untuk prank sedemikian rupa. Ada juga yang berpendapat ianya adalah content semata-mata. Ekoran itu, ramai netizen mula mencari dan menyerang sosial media Izuan ini.

Netizen mula mengganggu

Menerusi video lain, Izuan kelihatan menangis gara-gara netizen mula menganggu keluarganya dan Instagram miliknya. Tidak faham dengan apa yang dilakukan oleh segelintir netizen, lelaki ini berjanji untuk tidak melakukan content sedemikian rupa lagi.

@izuan_razali

Assalamualaikum Stop lah komen Yang bukan2 Tolong lah saya merayu ,Saya dah Minta Maaf dah pun dgn Owner Kedai @kuningikanbakar 🥺🥺🥺

♬ Sad Music – Max-Music

@izuan_razali Assalamualaikum Stop lah komen Yang bukan2 Tolong lah saya merayu ,Saya dah Minta Maaf dah pun dgn Owner Kedai @kuningikanbakar ♬ Sad Music – Max-Music

Namun tidak dapat diketahui dengan lebih jelas apakah ini hanyalah content semata-mata atau pun tidak. Mungkin ini juga salah satu teknik pelik yang digunakan oleh kebanyakan orang pada hari ini bagi mempromosikan perniagaan mereka. Sekiranya ianya bukan content semata-mata, maafkan sahaja lelaki ini. Tidak usah kita panjangkan cerita lagi ya. Semoga hal ini tidak berlanjutan dan dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: TikTok Izuan Razali 

tags: | |