Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Macam Aku..”, Gadis Sempat Borong 1 Beg Roti Gardenia Sebelum Balik Sabah Undang Tanda Tanya Warganet

“Macam Aku..”, Gadis Sempat Borong 1 Beg Roti Gardenia Sebelum Balik Sabah Undang Tanda Tanya Warganet

Kategori:
gadis beli roti Gardenia

Selain beras, roti juga merupakan salah satu makanan asas yang sangat diperlukan oleh orang ramai. Malah di negara barat kebanyakan dari mereka lebih memilih roti. Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai jenis roti yang ada di pasaran. Macam-macam jenama dan pelbagai jenis perisa.

Antara jenama yang paling digemari dan sangat popular di negara kita adalah Gardenia. Gardenia merupakan syarikat bumiputera yang sudah bertahun-tahun berada di pasaran. Rata-rata penduduk Malaysia amat menggemari roti Gardenia ini dan menjadikannya pilihan pertama.

Gadis borong roti Gardenia sebelum pulang ke Sabah

Berkenaan dengan roti Gardenia ini, terbaharu viral sebuah video diaplikasi TikTok yang dikongsikan oleh Liyana berkenaan dengan roti ini. Di mana ada rakannya yang mahu pulang ke Sabah sempat memborong 1 beg roti di KLIA untuk dibawa pulang ke sana.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan rakannya itu mengambil pelbagai jenis perisa dan sempat juga menyucuk plastik roti berkenaan bagi membuang angin. Memandangkan akan ada tekanan tinggi sewaktu menaiki kapal tebang, jadi cara tersebut adalah untuk menggelakkan plastik roti tersebut pecah.

Melihat gadis tersebut memborong roti yang banyak dan semata-mata untuk membawa balik ke Sabah, ramai yang tertanya adakah roti Gardenia ini tidak dijual di sana. Untuk pengetahuan korang, kalaupun ada dijual di sana harganya lebih mahal berbanding di semenanjung.

Tambahan pula, rasanya juga tidak seenak yang dikeluarkan di semenanjung. Jadi satu kebiasaan bagi orang Sabah dan Sarawak memborong roti yang banyak untuk di bawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

https://www.tiktok.com/@liyanazainati/video/7070846698096037146?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274

@liyanazainati Reply to @jasrieey #gardenia ♬ suara asli – π•¬π–‘π–‰π–Žπ–‹π–—π–‰π–“π–˜ – π•¬π–‘π–‰π–Žπ–‹π–—π–‰π–“π–˜πŸ΄β€β˜ οΈ

Beli dengan lori terus..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok. Ada juga yang sempat berkongsi melakukan hal yang sama sewaktu ingin pulang ke Sabah. Tidak kurang juga ada yang menyarankan agar gadis ini beli dengan lori terus kerana ianya lebih murah dan packing dalam kotak.

Kenapa kena beli..

Dalam masa yang sama ada juga yang tertanya kenapa perlu beli roti banyak-banyak sebelum balik sabah.

Kebiasaannya penduduk atau ahli keluarga di Sabah dan Sarawak sangat bahagia dan suka apabila ada yang membawa pulang roti Gardenia ini. Diharapkan semoga satu hari nanti, kilang Gardenia di sana dapat mengeluarkan roti yang enak dan sedap seperti di semenanjung.

Kredit: TikTok

tags: |