Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Golden Fried Rice Ala Dolly Dimsum Yang Sedap & Mudah, Jom Cuba Sekarang!

Cara Buat Golden Fried Rice Ala Dolly Dimsum Yang Sedap & Mudah, Jom Cuba Sekarang!

Kategori:
resepi golden fried rice

Siapa pernah makan Golden Fried Rice di Dolly Dimsum? Mesti sangat puas hati kan. Rasanya sedap lain macam. Sekali-sekala pasti tiba-tiba teringin nak makan hidangan ini namun ada sahaja halangannya. Jadi apa kata buat sendiri je di rumah. Sangat mudah dan pasti rasanya juga sangat enak. Persis di Dolly Dimsum.

Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita ikuti perkongsian resepi Golden Fried Rice yang dikongsikan oleh Farah Soraya di group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Caranya memang sangat mudah. Kalau anda tak pandai masak pun boleh cuba buat dan pasti menjadi punya.

Resepi Golden Fried Rice Ala Dolly Dimsum Yang Mudah Dan Rasanya Sangat Padu!

Bahan-bahan:

  • Nasi putih
  • Bawang putih
  • Udang
  • Kuning telur
  • Butter
  • Secukup rasa
  • Whitepepper
  • Garam
  • Daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Cincang halus bawang putih dan goreng sehingga garing. 
  2. Nasi putih gaulkan dengan kuning telur. 
  3. Kemudian masukkan butter dan udang. 
  4. Agak-agak udang dah masak, masukkan nasi yang dah digaul dengan kuning telur tadi.
  5. Bila nasi dah sebati, masukkan bawang goreng dan daun bawang.
  6. Last sekali perasakan dengan garam secukup rasa dan whitepepper.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Golden Fried Rice ni? Nak lebih sedap jika digandingkan bersama-sama dengan Buttermilk Chicken. Memang terus terbeliak biji mata tau. Cubalah buat dulu. Terpulang kepada anda untuk makan pada bila-bila masa memandangkan ianya sangat sesuai dimakan pada waktu pagi, petang dan malam.

Kredit: Farah Soraya Via MAHN

Baca juga: 4 Tips Masak Nasi Lemak Guna Rice Cooker. Tetap Power & Sedap!

 

tags: |