Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!

Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!

Kategori: ,
resepi bubur nangka berinti gula melaka

Bubur nangka atau butir nangka, merupakan kuih atau manisan yang sangat popular di negeri pantai timur. Lebih-lebih lagi bagi negeri Terengganu dan Kelantan. Butir nangka dan bubur nangka merupakan dua kuih yang berbeza namun kedua-duanya sangat sedap. Bubur nangka kebiasaannya dia diisi dengan gula melaka manakala butir nangka dia berbentuk bujur dan tiada apa-apa inti di dalamnya.

Bagi yang menggemari butir nangka, bolehlah cuba bubur nangka pula. Hidangan yang mudah dan sangat sedap ini pasti menjadi manisan kegilaan anda selepas ini. Nak cuba buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Zurina Zulkefli di bawah ini.

Resepi Bubur Nangka Berinti Gula Melaka Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Air | tiada sukatan sebab air perlu dituang sedikit demi sedikit
  • Tiga pewarna | hijau, merah dan kuning
  • Gula melaka
  • 1 kotak santan
  • 1 sudu kecil halba | untuk aroma
  • Gula kasar | Mengikut citarasa kemanisan masing-masing
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung gandum yang dibancuh air

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan tepung gandum dan tepung pulut dalam satu mangkuk.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil tangan menggaul tepung sehingga berpasir.
  3. Bila tepung menjadi berpasir dan bergumpal, berhenti tuang air. Gaulkan kesemua tepung sehingga menjadi doh yang sebati. 
  4. Bahagikan doh kepada tiga bahagian.
  5. Setiap bahagian dicampurkan dengan pewarna. Saya gunakan lidi sate untuk calitkan pewarna agar cecair warna tidak tertumpah atau berlebihan. 
  6. Jadilah tiga doh yang berwarna. 
  7. Untuk gula melaka, boleh gumpal atau potong dadu. 
  8. Cuitkan sedikit doh lalu bulatkan dan penyetkan. Letak inti gula melaka dan uli membulat semua. 
  9. Jadilah butir nangka bentuk bulat. 
  10. Kemudian rebuskan ke dalam air yang mendidih. Pastikan ketika direbus air selalu dikacau sebab kita tak nak butir nangka kita melekat pada dasar periuk. Apabila butir nangka timbul, baru angkat. 
  11. Rendamkan di dalam air sejuk untuk mengekalkan kekenyalan butir nangka. 
  12. Untuk kuah pula, panaskan secawan air di dalam periuk dan masukkan daun pandan. 
  13. Kemudian masukkan gula dan sesudu halba. 
  14. Tunggu sehingga air mendidih barulah masukkaan sekotak santan. 
  15. Masukkan pula bancuhan sesudu tepung gandum untuk memekatkann kuah santan. 
  16. Masukkan butir nangka kita ke dalam kuah santan. Reneh butir nangka pada suhu api yang kecil selama 10 minit. 
  17. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka ini? Bukan sahaja mudah malah manisan ini juga sangat sesuai dihidangkan pada waktu pagi atau waktu malam. Nak jadi menu berbuka untuk bulan puasa nanti pun boleh tau.

Selamat mencuba!

Kredit: Zurina Zulkefli

 

tags: | | |