Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kesian Weh..” Kedai Makan Ambil Kak Long Buat Review, Kedai Makan Lain Pula Yang Dapat Rate Rendah

“Kesian Weh..” Kedai Makan Ambil Kak Long Buat Review, Kedai Makan Lain Pula Yang Dapat Rate Rendah

Kategori:
kedai makan diserang netizen

Kebiasaannya bagi menviralkan sesebuah kedai atau restoran, pastinya ramai dalam kalangan mereka akan mencari instafamous, tiktokers dan para artis. Memandangkan mereka ini lebih dikenali, jadi ianya adalah salah satu cara yang digunakan oleh para pemilik kedai bagi melariskan jualan mereka dengan lebih cepat.

Bukan sahaja kedai makan, malah peniaga atas talian lain juga akan turut menggunakan mereka yanng viral ini. Manakala, baru-baru ini seorang wanita yang dikenali dengan panggilan Kak Long telah menghebohkan dunia maya kerana dikatakan sikap dan kelakuannya kurang beradab. Ekoran itu dia mula dikenali ramai dan ramai yang mula menggunakan khidmatnya untuk membuat review.

Kedai makan lain diserang dan dapat rate rendah dari netizen

Berkenaan dengan review yang dilakukan oleh Kak Long ini. Terbaharu ada seorang individu yang dikenali dengan nama akaun TikTok kisahseramm berkongsi rasa kasihan terhadap pemilik sebuah kedai makan di Damansara. Rasa kasihan itu timbul adalah apabila warganet mula menyerang dan memberikan rating yang rendah kepada kedai tersebut yang disangkakan direview oleh Kak Long.

Namun kedai yang sebetulnya direview oleh Kak Long itu bukanlah kedai yang terletak di Damansara. Namun kedai yang sebetulnya terletak di Dungun, Terengganu. Tindakan menyerang dan memberikan rating yang buruk ini dilakukan oleh warganet ini adalah gara-gara mereka marah kerana sebelum ini Kak Long dikenali dengan sikap keterlaluannya memarahi pekerja 7-Eleven dan pekerja KFC.

https://www.tiktok.com/@kisahseramm/video/7072544155725057306?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833

@kisahserammKESIAN WEH OWNER DEKAT DAMANSARA TU 😂

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Kesian owner..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Namun rata-ratanya berasa kasihan terhadap pemilik kedai yang tiada kene mengena itu. Malah ada juga yang meninggalkan komen mengatakan selepas ini orang lain juga akan berasa takut untuk meminta akak ini membuat review.

Tidak kurang juga ada yang terkejut dengan tindakan para netizen yang menyerang kedai yang telah direview oleh Kak Long.

Sepatutnya isu-isu ini tidak berlaku lagi. Para warganet adalah perlu lebih bijak dalam soal isu-isu seperti ini. Memandangkan Kak Long ini sudah pun membuat permohonan maaf, jadi adalah lebih baik lupakan sahaja. Dia pun ada hak untuk teruskan kehidupan dalam keadaan tenang dan mencari rezeki yang halal. Jangan disebabkan kita anti kepada seseorang, pihak lain pula yang menjadi mangsa.

Kredit: TikTok kisahseramm 

Baca juga: Isteri Selamba Letak Udang Mahal Dalam Mee Goreng, Rupa-Rupanya Nak Bodek Suami Beli Peti Ais 4 Pintu

tags: |