Krisis peperangan diantara negara Rusia dan Ukraine telah memberi impak yang besar pada seluruh dunia. Orang ramai juga telah mengkritik tindakan Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin, yang telah memberi arahan kepada tenteranya untuk menceroboh negara Ukraine dan melakukan beberapa serangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
Antara pihak yang membantah tindakan tersebut adalah negara Amerika Syarikat yang tidak putus menekankan supaya Presiden Rusia itu untuk menarik diri dan hentikan serangan mereka terhadap negara jirannya. Sebagai respons, pelbagai perniagaan dan jenama Amerika Syarikat telah menggantungkan operasi mereka dari negara itu.
(Krisis di antara Rusia dan Ukraine, situasi masih lagi tegang.)
Namun masih ada jenama dan perniagaan tersohor yang berdiam diri ekoran hal itu. Ketika syarikat lain menarik diri dari negara Rusia, McDonald’s dan PepsiCo berdiam diri dan hal itu menyebabkan mereka menerima kritikan dan boikot oleh orang ramai di pelbagai platform di media sosial. New York State Comptroller Thomas DiNapoli turut ‘menyerang’ syarikat-syarikat yang memilih untuk berdiam diri.
Sebelum ini juga, DiNapoli telah menghantar beberapa emails yang telah tersenarai di New York State Common Retirement Fund, termasuk dua syarikat itu dan mendesak supaya mereka berhenti melakukan apa jua perniagaan dengan negara Rusia.
Tambah DiNapoli dalam satu kenyataan, “Syarikat seperti McDonald’s dan PepsiCo, walaupun mempunyai impak dan pasaran yang lebih berjaya di negara Rusia, perlu membertimbangkan samada berbaloi atau tidak untuk melakukan perniagaan dengan negara Rusia ketika keadaan sedang gusar,”.
Pada hari Selesa, McDonald’s akhirnya mengeluarkan sebuah kenyataan dan syarikat-syarikat lain turut mengambil langkah yang sama.
CEO McDonald’s sendiri, iaitu Chris Kempczinki berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa bahawa pihak mereka telah mengambil keputusan untuk menggantungkan operasi mereka dan menutup semua cawangan restoran di negara tersebut.
Mempunyai 850 cawangan di Rusia dan telah beroperasi selama 30 tahun lebih di negara Rusia, pihak McDonald’s telah berkerjasama dengan pelbagai pihak di negara itu dan mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti. Namun mementingkan moral dan nilai, pihak mereka tidak boleh berdiam diri terhadap krisis yang berlaku di Ukraine.
Pada hari yang sama juga, CEO Starbucks, Kevin Johnson berkata bahawa mereka juga akan menggantungkan operasi perniagaan di Rusia. Tambahnya, rakan kongsi mereka telah bersetuju untuk berbuat demikian dan akan menyediakan bantuan bagi hampir 2 ribu pekerja mereka yang bergantung dengan pihak Starbucks bagi menampung kos kehidupan mereka.
Tambah Johnson, pihak Starbucks juga sedang menghentikan kemasukkan produk mereka ke pasaran Rusia. Ini kerana mereka memandang serius akan serangan yang telah dilancarkan terhadap negara Ukraine dan mereka bersimpati dengan mereka yang terkesan.
Pihak Coca Cola juga mengumumkan sebarang operasi dengan negara Rusia akan digantung buat sementara waktu. Dalam kenyataan dari mereka, mereka sangat bersimpati dengan rakyat di negara itu yang sedang menghadapi krisis tersebut. Tambahan pula, pihak mereka akan sentiasa memantau keadaan semasa.
CEO PepsiCo Ramon Laguarta turut mendedahkan bagaimana pihak mereka sedang menguruskan situasi tersebut. Mereka akan menggantungkan operasi di Rusia yang melibatkan jualan jenama Pepsi-Cola, 7UP dan Mirinda, termasuk pelabauran modal dan semua aktiviti pengiklanan dan promosi.
Namun mereka mempunyai tanggungjawab untuk terus menjual produk keperluan harian seperti makanan bayi, susu bayi dan produk tenusu. Ini bagi membantu beri sokongan pada pelbagai pihak yang berkerjasama dengan mereka.
Jelas krisis di antara pihak Rusia dan Ukraine ini telah membebankan pelbagai pihak. Bukan sahaja jenama yang besar mengalami kerugian, malah rakyat mereka berdepan dengan kehilangan sumber pendapatan dan nyawa.
Kredit: CNN Business
Baca Juga: Coca-Cola Buat Perubahan, Design & Warna Terbaru Pada Tin & Botol Buat Ramai Keliru