Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Telur Goreng Syahdu Yang Mudah & Sedap. Satu Rumah Mengidam, Tak Cukup Sepinggan Nasi!

Resepi Telur Goreng Syahdu Yang Mudah & Sedap. Satu Rumah Mengidam, Tak Cukup Sepinggan Nasi!

Kategori: ,
resepi telur goreng syahdu

Telur merupakan antara hidangan yang sangat mudah untuk disediakan. Walaupun ia merupakan lauk yang biasa namun seringkali ia menjadi penyelamat kita. Terdapat pelbagai jenis hidangan yang berasaskan telur ini sebenarnya. Ada telur goreng mata dan ada juga telur asam. Kedua-dua hidangan ini memang sangat enak apabila dikenakan bersama-sama dengan nasi putih.

Nak lebih sedap dan padu lagi? Mungkin anda boleh cuba Telur Goreng Syahdu yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini. Katanya, apabila pulang ke kampung pasti satu rumah yang mengidam telur goreng ini. Sekali goreng tak cukup, kena goreng dua kali. Macam betul-betul sedap ni kan? Jadi jom kita ikuti perkongsian resepinya di bawah ini.

Cara Buat Telur Goreng Syahdu Yang Mudah Dan Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur gred A
  • 2 biji bawang rose – mayang nipis
  • 1 biji bawang holland – mayang nipis
  • 4-5 biji cili kampung *
  • 5 helai daun kucai *
  • 1 helai daun sup dan daun bawang *
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit perasa Hilal/Ajinomoto

* Bahan bertanda (*) dihiris nipis

Cara Penyediaan:

  1. Pecahkan telur. Masukkan semua bahan di atas. Tips paling penting, jangan lupa tambahkan sepenuh kasih sayang dalam adunan ini.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Panaskan satu senduk minyak masak.
  4. Masukkan adunan telur tadi. Goreng telur dalam api sederhana besar.
  5. Godek-godek telur bahagian tengah untuk besarkan saiznya.
  6. Balikkan selepas bahagian bawah garing. Biar masak kedua-dua belah sebelum diangkat.
  7. Potong kepada beberapa bahagian seperti dalam gambar.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sangat kan nak buat Telur Goreng Syahdu ini? Walaupun sangat ringkas namun percayalah hidangan ini mampu menaikkan selera anda. Kalau malas nak sediakan banyak lauk, mungkin boleh cuba resepi yang mudah dan padu ini.

Selamat mencuba!

Kredit: Afy AL Habibi 

Baca juga: Resepi Agar-Agar Lumut Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

tags: | |