Tidak dinafikan kos sara hidup pada waktu sekarang agak tinggi. Kenaikan harga barangan basah dan kering turut menjadi salah satu masalah atau beban bagi masyarakat kita pada hari ini. Ramai yang terpaksa mengikat perut, bekerja lebih kuat dan mencuba segala cara bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Jika dilihat lebih dalam, bukan sahaja rakyat Malaysia yang tersempit pada ketika ini namun ada juga rakyat dari negara lain yang turut terkesan. Warga asing ini kebanyakan datang ke Malaysia untuk bekerja. Sama ada menjadi pembantu rumah atau pun buruh. Kebanyakannya adalah menjadi buruh atau pekerja pembinaan.
Berkenaan dengan warga asing ini, ada sebuah kisah sedih yang dikongsikan oleh Syuperjoo berkenaan dengan kawannya yang datang dari luar negara dan bekerja di Malaysia. Di mana warga asing tersebut kelihatan hanya makan nasi putih kosong dan tiada sebarang lauk. Sambil makan lelaki tersebut sempat menjawab pertanyaan Syuperjoo.
Apabila ditanya berapa lama tidak pulang ke kampung dan katanya sudah empat tahun tidak pulang dan tidak berjumpa dengan keluarganya. Walaupun sudah bekerja 10 tahun di Malaysia, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia tidak dapat pulang ke kampung halamannya kerana tidak cukup gaji.
Dia juga sempat ditanya, apakah dia merindui isterinya atau tidak. Sememangnya dia sangat merindukan isterinya namun begitu kerana tiada wang yang mencukupi dia terpaksa menahan rasa rindunya.
https://www.tiktok.com/@syuperjo_91/video/7072921684222790939?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833
@syuperjo_91 Hidup ini keras kawan#fyp ♬ Hanya Rindu – Andmesh
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok berasa sedih dan sebak dengan apa yang dikongsikan oleh lelaki ini. Ada yang berasa kasihan melihat kesanggupan lelaki ini yang sanggup berjauhan dengan keluarga demi mencari wang. Tidak kurang juga ada yang salute dengan pekerja asing ini memandangkan kebanyakan dari mereka rajin bekerja.
Dalam masa yang sama, ramai yang mendoakan kebaikan buat lelaki ini. Ada juga yang mendoakan semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Pastinya menjadi mereka memerlukan hati yang cekal dan tabah. Sanggup berjauhan dengan keluarga di kampung bagi memastikan perut keluarga terisi dengan makanan. 10 tahun bekerja di Malaysia, bukanlah sesuatu yang mudah bagi warga asing ini. Namun itulah kehidupan, tetaplah bersabar.
Kredit: syuperjo_91