Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Roti Boy Guna Roti Keping Gardenia. Sangat Mudah & Sedap!

Cara Buat Roti Boy Guna Roti Keping Gardenia. Sangat Mudah & Sedap!

Kategori: ,
resepi roti boy

Roti Boy merupakan antara makanan yang sangat enak dan disukai oleh orang ramai. Malah Roti Boy juga merupakan salah satu rangkaian kedai membuat roti yang cukup popular di Malaysia. Mempunyai lebih 100 cawangan di seluruh dunia, pastinya roti ini sangat disukai dan digemari oleh semua orang.

Berkenaan dengan Roti Boy ini, nak cuba buat sendiri tak di rumah? Tak perlu nak bancuh atau adun tepung pun, guna sahaja roti keping Gardenia atau mana-mana roti putih keping yang anda sukai. Tetap menjadi dan sedap. Nak cuba buat sekarang? Jom kita lihat perkongsian resepi dari As Danish ini.

Resepi Roti Boy Yang Simple Dan Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • 8 keping roti putih Gardenia
  • 80 gram butter (salted)
  • 60 gram gula aising
  • 1 biji telur
  • 80 gram tepung naik sendiri blue key | diayak
  • 1 sb bancuhan air kopi (1 sb serbuk kopi dan sedikit air)

Cara Penyediaan:

  1. Sapukan butter pada satu bahagian roti. Kemudian taburkan gula kastor di atas. Lapikkan dua dan potong bentuk segi tiga.
  2. Campurkan butter dan gula aising. Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan telur, kacau rata.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak.
  5. Masukkan air bancuhan kopi dan adun sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping beg.
  7. Pipingkan adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang pembakar.
  8. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Roti Boy sendiri di rumah? Bahan yang diperlukan juga sangat mudah. Malah untuk menyediakan roti seperti ini tidaklah terlalu sukar namun rasanya tetap sedap. Sangat sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang.

Kredit: As Danish 

Baca juga: Resepi Roti Sosej Cheese Gulung Salut Tepung ‘Rahsia’, Lelehan Cheese Tu Menggoda Habis!

tags: |