Beke Ubi Kayu merupakan salah satu kuih Tradisional pantai timur yang sangat luar biasa keenakannya. Bukan sahaja rakyat Terengganu yang menggemari kuih ini namun masih ramai lagi di luar sana yang sangat-sangat menggemarinya. Setiap kali mengunjungi pasar malam, pasar tani atau kedai kuih muih, pastinya Beke Ubi Kayu ini antara kuih yang bakal dibeli.
Kalau tak nak beli, boleh sahaja buat sendiri di rumah. Sangat mudah dan rasanya juga sangat sedap. Gabungan rasa manis dan lemak santan menyatu memang betul-betul naik kan selera anda. Nak cuba buat sekarang? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Muliadi Ramli ini.
Cara Buat Beke Ubi Kayu Terengganu Yang Mudah, Sedap Dan Menyelerakan!
Bahan-bahan:
- 950 gram ubi kayu
- 2 kerek nisang
- 9 sb gula merah
- 3 helai daun pandan
- 4 cawan air
Bahan bahagian putih:
- 2 1/2 kotak kecil santan
- 2 1/2 cawana ir
- 1 1/2 sk garam
- 1 sdb gula
- 12 sdb tepung beras
Cara Penyediaan:
- Buang dan basuh bersih kulit ubi kayu kemudian sagat. Perah ubi yang disagat. Ada beza rasa atau tesktur ubi apabila kita sagat berbanding kisar. Buang air yang ada pada ubi untuk elakkann rasa pahit. Ketepikan.
- Masak nisang, gula merah, air dan daun pandan sehinngga cair. Ketepikan.
- Apabila air nisang dah sejuk, satukan dengan ubi kayu tadi. Kacau rata kemudian masukkan ke dalam loyang.
- Kukus dalam 25 ke 30 minit. Ketepikan.
- Untuk bahagian putih atas pula, satukan semua bahan bahagian putih dalam periuk. Kacau rata supaya tidak berketul.
- Kemudian baru hidupkan api yang kecil dan masak sehingga ia menjadi agak pekat. Matikan api.
- Setelah itu, ambil ubi yang telah dikukus tadi, letakkan bahagian putih di atasnya.
- Kemudian kukus lagi 5 ke 10 minit.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Beke Ubi Kayu ini? Ikuti sahaja langkah-langkah di atas ini. Yang penting jangan derhaka resepi. Nak lebih sedap pastikan bahagian atas berlemak dan bahagian bawah tidak terlalu manis. Pastinya setiap suapan kuih ini akan membawa nikmat!
Selamat mencuba!
Kredit: Muliadi Ramli
Baca juga: Cara Paling Mudah Buat Apam Telur, Sekali Hidang Terus Licin. Tak Terkata Sedapnya!