Ayam merupakan antara lauk pilihan utama dan kegemaran ramai orang. Di Malaysia, di setiap hidangan pasti akan ada lauk ini. Selain dibeli lauk dari kedai atau pun masak sendiri pastinya ramai dalam kalangan kita tidak pernah bosan memakan lauk ini.
Kalau malas beli je yang sudah siap di restoran atau kedai. Tapi kalau rajin masak je sendiri. Namun apabila memasak sendiri banyak perkara yang perlu dilakukan. Kalau ayam masih belum siap dipotong, kena potong terlebih dahulu.
Bagi yang pandai dan tahu caranya memang tiada masalah namun kalau korang tak pandai memang agak tertekan. Seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita (dirahsiakan namanya menerusi perkongsiannya menerusi aplikasi TikTok.
Di mana dia rasa tertekan gara-gara suaminya membeli seekor ayam yang belum dipotong. Dia pula tidak tahu bagaimana cara untuk memotong ayam tersebut. Menurutnya ayam tersebut sudah hampir satu jam direndam dan sudah semakin mengembang.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat ayam yang masih berkepala itu terendam di dalam air tanpa ada apa-apa kesan potongan. Menulisnya diruangan caption, dia akui dia tidak pandai untuk menyiang ayam.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warganet. Ada yang turut mengaku tidak pandai untuk memotong dan menyiang ikan dan ada juga yang meminta wanita ini melihat cara potong ayam di You Tube.
Dalam masa yang sama ada juga yang sempat berkongsi pengalaman hidup yang memeritkan apabila jari tangan terputus kerana potong ayam pada bulan puasa tahun lepas. Ekoran itu, warganet ini terpaksa melakukan pembedahan sebanyak dua kali.
Kalau tak pandai boleh belajar. Sekarang terdapat macam-macam perkongsian di media sosial berkenaan dengan cara memotong ayam ini. Sekurang-kurangnya apabila berlaku kecemasan kita tahu cara nak potong ayam. Walaubagaimanapun tetaplah berhati-hati ya.
Baca juga: