Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Produk Milk Booster Mahal? Jom Buat Sendiri, Modal Tak Sampai RM5. Sekali Rebus Boleh Minum 3 Hari!

Produk Milk Booster Mahal? Jom Buat Sendiri, Modal Tak Sampai RM5. Sekali Rebus Boleh Minum 3 Hari!

Kategori: ,

Seperti yang kita ketahui, susu ibu adalah susu yang paling bagus untuk bayi. Bukan sahaja bagus malah ianya juga turut menjimatkan wang. Sekurang-kurangnya wang yang dibayar untuk susu tepung bayi tersebut boleh disimpan dan membeli keperluan lain. Susu ibu ini memang tiada tandingan, seratus peratus tulen dan mempunyai pelbagai khasiat untuk tumbesaran bayi.

Namun begitu tidak semua ibu yang melahirkan anak mempunyai susu badan yang banyak. Ada juga yang sudah berurut dan melakukan pelbagai macam cara namun susu badan yang keluar sedikit sahaja. Jadi antara kaedah yang boleh membantu memperbanyakkan susu badan adalah dengan mengambil makanan tambahan atau produk milk booster.

Antara makanan tersebut adalah kurma, anggur, kismis dan ada juga produk yang sudah siap dibungkus oleh penjual. Mungkin sedikit mahal namun bagi anda yang ingin berjimat cermat, mungkin boleh melihat perkongsian di bawah ini.

Resepi Milk Booster Yang Mudah Serta Jimat!

Bila tanya produk milkbooster mahal betul harganya. Sebab kena minum hari-hari kan. So i tak beli pun. 

So confinement lady buat sendiri je la untuk i. Longan kering, kurma cina dengan goji beri. I tak letak gula. Rebus dengan air yang banyak selama 20 minit. 

Yang ni kita beli kat supermarket atau kedai sensei cina je satu-satu jenis ni je. Modal tak sampai RM5 sekali rebus boleh minum 3 hari. 

Resepi Lengkap Milk Booster

Bahan-bahan:

  • Segenggam longan kering
  • Segenggam kurma merah
  • 2 sudu buah goji
  • Gula batu secukupnya
  • 1 periuk air
  • 1-2 helai daun pandan

Cara Penyediaan: 

  1. Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang.
  2. Tunggu sehingga suam.
  3. Siap untuk diminum.

Mudah sahaja kan nak buat Milk Booster ini? Sangat sesuai untuk para ibu amalkan bagi memastikan bayi mendapatkan susu yang cukup dan kekal sihat. Selain bayi, moga ibunya juga kekal sihat sepanjang masa.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar: Emma Wan Noordin

Baca juga: Susu Badan Kurang Atau Tak Cukup? Apa Kata Para Ibu Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini!

 

tags: | |