Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Rasa Lagi Sedap Kat Makcik Tepi Jalan..” Pengakuan Jujur Wanita Ini Makan Onde-Onde 6 Biji RM8 Di Cafe Terkenal

“Rasa Lagi Sedap Kat Makcik Tepi Jalan..” Pengakuan Jujur Wanita Ini Makan Onde-Onde 6 Biji RM8 Di Cafe Terkenal

Kategori:
onde-onde di cafe duck

Bukan semua restoran mewah atau cafe terkenal menyediakan makanan yang sedap dan menyelerakan. Bukan juga semua cafe branded yang menjual makanan pada harga yang sangat mahal rasanya setanding dengan harga. Kalau mahal tapi rasanya enak dan kita sebagai pelanggan berpuas hati dengan makanan tersebut, tiadalah rasa ralat kan.

Namun bila mana makanan yang disediakan sangat teruk, rasanya juga kalah kedai atau gerai makanan di tepi jalan tapi harganya sangat mahal pastinya ia membuatkan kita berasa kecewa. Mana tidaknya, bayar dah mahal, restoran terkenal pula tu namun rasanya sangat teruk.

Wanita ini kongsi rasa onde-onde berharga RM8 di Cafe dUCk

Keadaan yang lebih kurang sama sempat dikongsikan oleh dinadonna_ menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan dirinya yang telah mengunjungi sebuah cafe. Cafe dari jenama terkenal itu telah menimbulkan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan itu telah pun dikunjunginya dan dinadonna telah pun memberikan pengakuan jujur berkenaan dengan rasa onde-onde yang dimakan di cafe tersebut.

Menurutnya, rasa onde-onde yang dibeli dekat kedai makcik tepi jalan adalah lebih sedap berbanding dengan onde-onde di cafe dUCk. Menerusi video tersebut dapat dilihat kuih onde-onde yang bewarna ungu di dalam pinggan yang dipesannya bersama-sama dengan coffee.

Melihat rupa onde-onde yang kecil dan sedikit namun berharga sedemikian rupa itu pastinya membuatkan ramai dalam kalangan kita yang berasa hampa dan terkejut mengenangkan harganya yang mahal namun rasanya tidak setanding harga.

@dinadonna_ #ad FIRST AND LAST. 🤭🤭🤭 #duck ♬ original sound – Ady Budika

Menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis, dia jual brand dan bukannya kualiti. Ada juga yang menambah, harga yang mahal adalah termasuk dengan kos sewa premis.

Tidak kurang juga ada yang menulis, mahal tidak semestinya sedap dan yang murah tidak seperti tak sedap. Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat meninggalkan komen mengatakan kalau kualiti tiptop harga mahal tak kisah sangat.

Dinadonna juga dilihat sempat memuat naik perkongsian video lain berkenaan dengan rasa kopi di Cafe dUCk ini.  Menurutnya, rasa kopi berkenaan memang sedap dan berbaloi dengan harganya. Tempat untuk OOTD juga sangat cantik.

@dinadonna_futurediamond

#ad Reply to @cath.r2020 Saje nk try onde2 #duck mana tahu ada kelainan dari biasa dina makan. Kita cuba dulu, kalau ok kita tambah order menu yg lain. #foodhunting

♬ bunyi asal – oyehhh8 – MILOBENG

@dinadonna_ #ad Reply to @cath.r2020 Saje nk try onde2 #duck mana tahu ada kelainan dari biasa dina makan. Kita cuba dulu, kalau ok kita tambah order menu yg lain. #foodhunting ♬ bunyi asal – oyehhh8

Kredit: TikTok dinadonna_ 

tags: | |