Takoyaki merupakan antara makanan yang banyak dijual pada zaman sekarang. Lambakan gerai yang menjual makanan Jepun berbentuk bulat dan diisi dengan pelbagai jenis lauk ini tidak menyukarkan orang ramai untuk membelinya. Pergi sahaja mana-mana tempat pasti akan ada yang menjual makanan Jepun ini.
Walaupun ianya makanan daripada Jepun, ramai rakyat Malaysia yang menggemarinya. Namun ada yang menjadi masalah adalah apabila ada segelintir peniaga yang tidak ikhlas dalam menjual. Kerana inginkan untung yang lebih, ada segelintir peniaga sanggup menggurangkan lauk atau isi takoyaki ini.
Seperti mana yang dikongsikan oleh pengasas produk Dianz menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan takoyaki ini. Di mana pada mulanya dia telah membeli makanan ini dari sebuah kedai. Namun dia sangat kecewa dengan takoyaki octopus yang dibelinya gara-gara lauknya yang sedikit.
Menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat pengasas produk Dianz ini mengorek makanan Jepun berkenaan lalu mengeluarkan secoet sotong. Kelihatan sotong berkenaan tidak sampai seinci dan ianya bukanlah badan sotong namun janggutnya sahaja. Jika dibandingkan dengan takoyaki berkenaan dengan lauk tersebut pasti tidak terasa apa-apa.
Malah Dian juga sempat menulis diruangan caption, kalau kedai tidak laku pasti akan ada segelintir peniaga ini memberitahu kedai disantau. Sedikit kecewa, jika beginilah servis yang ditawarkan atau diberikan pasti akan berkurangan pelanggan yang hadir. Pelanggan kebiasaannya akan mengunjungi kedai berkenaan berkali-kali apabila servis yang diberikan memuaskan.
https://www.tiktok.com/@dian_dianz/video/7077826461192834330?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052514222143800833
@dian_dianzpastu dia ckap la kedai dia kena santau tkde org mai 🥴♬ orijinal ses – arkeolog
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis sudah biasa kena macam ni dan oleh sebab itulah salah seorang warga TikTok ini lebih gemar membeli makanan ini dari kedai Cina.
Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen menyatakan lebih baik beli sushi RM1 banyak juga octopus dia jika dibandingkan dengan membeli makanan Jepun ini.
Di samping itu, ada juga warganet yang menyatakan, peniaga memang dah bagi yang besar. Namun apabila dimasak, sotong tersebut akan mengecil. Memang begitu takoyaki di Malaysia, kalau nak besar beli dekat Jepun.
Mungkin ya, sotong yang dimasukkan oleh peniaga ini pada awalnya sudah besar namun apabila dimasak akan mengecil. Walaubagaimanapun, peniaga perlu ambil tindakan yang sewajarnya selepas mengetahui apa yang berlaku selepasnya. Masukkan saiz yang lebih besar. Kalau tiada untung, boleh naikkan harga dan maklum kepada pelanggan.
Kredit: dian_dianz