Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sambal Jawa, Sangat Mudah & Tak Berminyak. Guna Air Fryer Sahaja, Orang Diet Pun Boleh Makan!

Cara Buat Sambal Jawa, Sangat Mudah & Tak Berminyak. Guna Air Fryer Sahaja, Orang Diet Pun Boleh Makan!

Kategori: ,
resepi sambal jawa

Sambal Jawa merupakan antara sambal yang berbeza dengan sambal belacan. Sambal belacan kebiasaannya tidak dimasukkan ikan bilis dan tomato namun bagi sambal ini ia akan dimasukkan ikan bilis dan juga tomato. Nyatanya Sambal Jawa ini lebih mudah untuk disediakan kerana ianya tidak perlu digoreng. Hanya masukkan ke dalam Air Fryer sahaja.

Malah orang yang sedang mengamalkan diet atau kurang suka makanan berminyak mungkin Sambal Jawa ini akan menjadi pilihan utama anda. Mana tidaknya, tanpa sebarang minyak ia boleh dimakan dengan selamat. Rasanya juga sangat sedap dan menyelerakan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Nurfatiha Rozlan ini.

Resipi Sambal Jawa Guna Air Fryer, Sangat Sedap Dan Mudah.

Bahan-bahan:

  • 2 batang cili besar | patahkan
  • 1 batang cili kecil | patahkan
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1/4 ulas bawang besar/holland
  • 1 biji tomato | potong 4
  • Ikan bilis sesedap rasa

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam Air Fryer selama 10 minit dengan suhu 180C. 
  2. Lebih kurang 5 minit, balik-balikkan terutamanya tomato. 
  3. Kemudian keluarkan bahan, buang kulit tomato dan tumbuk guna lesung batu.
  4. Kalau rasa tak masin, boleh tambah garam/perasa.
  5. Sambal Jawa siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Sambal Jawa ini? Pastinya akan terasa nikmat apabila dimakan bersama-sama ikan atau ayam goreng dan nasi putih. Pasti tambah nasi berpinggan-pinggan memandangkan kesedapannya tiada tandingan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuat sambal ini sekarang.

Selamat mencuba!

Kredit: Nurfatiha Rozlan 

Baca juga: Cara Buat Nasi Lemak Daun Pisang & Sambal Yang Padu, Tak Guna Santan Pun Tetap Sedap Tau!

 

tags: | |