Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Cheese Tart Buncit Guna Air Fryer, Sangat Mudah, Cepat & Sedap!

Cara Buat Cheese Tart Buncit Guna Air Fryer, Sangat Mudah, Cepat & Sedap!

Kategori: ,
cheese tart buncit

Cheese Tart merupakan antara biskut atau kuih yang sangat disukai ramai. Terdapat pelbagai jenis cheese tart ini sama ada yang buncit atau pun yang biasa. Untuk biskut yang sedap dan enak ini, anda boleh memilih sama ada nak beli dari kedai atau buat sendiri sahaja di rumah. Kalau tiada oven, boleh sahaja bakar menggunakan Air Fryer. Sangat mudah, cepat dan juga sedap.

Nak cuba buat sekarang? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Salam Tewkesbury. Memang puas hati punya kalau buat Cheese Tart Buncit ini. Peminat cheese wajib cuba tau.

Resepi Cheese Tart Buncit Guna Air Fryer Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan:

Tart Shell

  • 60 gram butter
  • 25 gram gula ising
  • 2 titik esen vanilla
  • 125 gram tepung (boleh tambah atau kurang ikut keperluan)

Bahan Filling Cheese

  • 125 gram cream cheese (sejuk tapi pastikan tak terlalu keras)
  • 20-30 gram gula kastor
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • 1 sudu besar telur ( pukul sebiji telur, ambil dalam 1 sudu besar sahaja)

Cara Penyediaan:

  1. Pukul cream yang sejuk dengan semua bahan lain cukup sekadar sebati. Jangan lama-lama nanti adunan cheese akan jadi lembut dan nanti akan susah nak dapat buncit tu.
  2. Kemudian letak filling kesuakaan dalam kelongsong tart tadi, lepas tu paipkan adunan cheese guna nozzle yang bulat dan besar tu.
  3. Kalau adunan cheese tadi macam bertanduk selepas dipaipkann, basahkan jari dengan air dan ratakan perlahan-lahan tanduk tadi.
  4. Bakar dalam air fryer (dalam resepi ni saya buat 160C selama 5-8 minit tapi dia macam hangus sikit. Tapi kalau tak suka kesan hangus tu boleh rendakan suhu 130C dan tambah sedikit masa.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Cheese Tart Buncit ini? Tanpa oven, guna air fryer sahaja tetap menjadi dan sangat sedap. Anak-anak pasti suka ni. Lagi pun tak lama lagi dah masuk bulan puasa dan raya. Untuk juadah hari raya nanti bolehlah hidangkan Cheese Tart ini kepada tetamu.

Selamat mencuba!

Kredit: Salam Tewkesbury

Baca juga: Cara Buat Telur Cair Yang Mudah & Menyelerakan, Anak-Anak Minta Berkali-Kali. Sedap Sangat!

 

tags: |