Sebagai insan atau manusia yang hidup bermasyarakat sepatutnya kita perlu ada sikap tolenrasi dan sabar dalam diri. Jangan susah atau bebankan orang lain dengan kelakuan kita yang tidak bertanggungjawab. Tidak kira di mana pun kita berada sama ada di tempat kerja atau di tempat awam.
Elakkan melakukan kemusnahan dan kekotoran di mana-mana tempat awam memandangkan bukan kita sahaja yang akan menggunakan harta benda tersebut. Akan ada beribu-ribu orang yang bakal menggunakannya. Jadi tolong jangan pentingkan diri sendiri. Jika terbuang atau tertumpah sesuatu pastikan anda membersihkannya.
Berkenaan dengan tempat awam ini, terbaharu viral sebuah video yang dikongsikan oleh seorang lelaki berkenaan dengan seorang wanita yang menumpahkan minuman dalam lift tanpa mengutip kembali cawan berkenaan. Pada mulanya kelihatan wanita ini menunggu giliran untuk masuk ke dalam lift. Setelah pintu lift mula terbuka dan orang lain keluar dia mula melangkah masuk ke dalam lift berkenaan.
Namun tiba-tiba dia terlanggar pintu lift tersebut dan minuman McDonalds yang dipegangkan telah jatuh ke lantai. Melihat kejadian yang tidak disangka itu berlaku, dia kelihatan sempat menghentak sebelah kakinya. Mungkin menandakan dia berasa tertekan dan kecewa dengan apa yang berlaku.
Melihat situasi tersebut berlaku pastinya ia menimbulkan rasa geram dalam hati apabila melihat wanita ini yang berlalu begitu sahaja tanpa membersihkan atau mengambil kembali cawan tersebut. Memang untuk membersihkan tempat berkenaan adalah agar sukar namun sekurang-kurangnya ambil bekas minuman tersebut dan buang ke dalam tong sampah.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Namun rata-ratanya sangat marah dan berang dengan kelakuan wanita berkenaan yang berlalu begitu sahaja. Ada yang menulis, memang untuk bersihkan balik tak boleh tapi seeloknya kutip cawan tu je masuk tong sampah.
Tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh wanita ini. Namun apa pun yang berlaku kepada kita tetaplah bertanggungjawab dalam setiap apa yang kita lakukan. Cuba bertolenrasi dalam setiap perkara memandangkan kita ini hidup bermasyarakat. Tolong mudahkan orang kalau kita juga nak mudah.