Masyarakat kita pada hari ini lebih memilih untuk makan di luar atau membeli makanan dari mana-mana kedai. Tidak dinafikan, membeli atau makan di luar adalah lebih mudah berbanding masak sendiri di rumah. Lebih-lebih lagi jika tinggal berseorangan atau pun bersama suami atau isteri sahaja.
Kebiasaannya apabila tidak terlalu ramai di rumah, ada baiknya jika membeli makanan dari luar. Lebih jimat memandangkan tidak ramai ahli dan kita juga tidak berasa penat dan lelah. Namun begitu, makan atau membeli di luar ini juga terdapat kekurangannya. Kadangkala makanan yang kita beli tidak sama dengan apa yang kita pesan. Kadangkala pesan lain dapat lain.
Apabila situasi sebegini berlaku pasti ianya menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kan? Mana tidaknya, perut dah lapar ditambah pula dengan rasa penat. Memang pastinya akan berasa kecewa dan marah.
Hal yang lebih kurang sama berlaku kepada Kiki Akim, di mana dia sempat berkongsi pengalamannya menerusi aplikasi TikTok miliiknya berkenaan dengan dirinya yang membeli mi goreng dari sebuah kedai makan. Sebelumnya, dia memesan mi goreng basah namun apa yang dia dapat adalah mi goreng yang tidak dimasak dan bersama kuah asing.
Menerusi video yang dikongsikan itu jelas kelihatan mi goreng di dalam bekas polisterin dan kuahnya diikat rapi. Pelik dengan situasi itu kerana Akim memesan mi goreng basuh malah pada kertas pesanan tersebut juga jelas kelihatan perkataan ‘mee goreng basah’.
Namun apa yang menjadi masalah adalah apa yang dia dapat tidak seperti yang dipinta. Kebiasaannya mi goreng tidak akan datang dengan kuah yang asing. Tidak pernah kelihatan lagi sebelum ini mi goreng yang dimasak lalu kuahnya dibungkus asing.
@kikiakim mi goreng basah ( basahasing). bleh try la buat buka puasa nnti #myfoodie #makanmakantiktok #resepibaru
@kikiakim mi goreng basah ( basahasing). bleh try la buat buka puasa nnti #myfoodie #makanmakantiktok #resepibaru ♬ original sound – Kiki Akim
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang berasa pelik dan terhibur dengan situasi tersebut.
Namun tidak kurang juga ada yang menulis, ada logiknya. Memandangkan mi goreng basah dibiarkan lama akan menjadi kembang. Oleh sebab itu tukang masak mengasingkan kuahnya.
Agak pelik namun ada betulnya juga ya. Tak pasal-pasal mi goreng basah yang dipesan jadi kembang setaman apabila dah sampai rumah nanti. Atau mungkin juga peniaga tersebut tersilap memberikan mi hailam. Siapa tahu kan?
Kredit: Kiki Akim