Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » Jom Ramai-Ramai Ke The Grand Renai Hotel Sempena Promosi Fiesta Ramadan, Pelbagai Juadah Berbuka Puasa Ditawarkan!

Jom Ramai-Ramai Ke The Grand Renai Hotel Sempena Promosi Fiesta Ramadan, Pelbagai Juadah Berbuka Puasa Ditawarkan!

Kategori:

Bulan Ramadan merupakan bulan yang ramai mengerjakan ibadah. Ramai dalam kalangan masyarakat kita memilih untuk berbuka puasa di luar oleh kerana mampu menjimatkan masa daripada memasak di rumah tambah pula jika anda seorang yang sibuk bekerja. Maka, sudah pasti ramai dalam kalangan kita sangat mengambil berat dari segi tempat yang mementingkan keselesaan, kelazatan dan harga yang berbaloi untuk berbuka puasa.

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, salah satu syarikat perkhidmatan dan perhotelan terbaik di Kelantan iaitu The Grand Renai Hotel menyediakan hidangan bufet Ramadan yang bertemakan Fiesta Ramadan bertempat di Palm Terrace Café, Tingkat 1 bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

The Grand Renai Hotel amat mengalu-alukan anda dan sekeluarga untuk bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa yang diketuai oleh Cef Ibrahim di Palm Terrace Café, yang sudah pastinya dapat menyajikan hidangan yang sangat lazat khas untuk anda dan sekeluarga.

Berbuka Puasa Sambil Bersedekah

The Grand Renai Hotel menawarkan harga yang menarik dan sudah tentu berpatutan kepada anda iaitu:

  • RM79 bagi dewasa
  • RM39.50 bagi kanak-kanak (5-11 tahun)

Untuk pengetahuan anda, Setiap RM1 Iftar Ramadan Buffet bagi dewasa akan disumbangkan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Lilbanat Darul Huffaz, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Lilbanin Sri Peraksi dan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan. Oleh itu, setiap pembelian anda juga merupakan pemberian nikmat kepada insan yang perlu di bulan mulia ini.

Menawarkan Lebih 100 Hidangan Yang Pelbagai

Tema Fiesta Ramadan ini membawa anda untuk menikmati pelbagai hidangan yang terdiri daripada hidangan tempatan dan antarabangsa, bermula dari menu pembuka selera, aneka sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.  Antara menu yang ditawarkan ialah:

  • Kambing Golek
  • Nasi Peshawari Daging
  • Kuih Keria Gula Anau
  • Roti Jala Berlauk Ayam
  • Ayam Panggang Tempayan
  • Chicken Shawarma
  • Kari Kambing Gearbox
  • Aneka Sup
  • Grilled Seafood
  • Seafood On Ice
  • Ikan Patin Masak Tempoyak
  • Daging Mongolian
  • Rendang Kupang
  • Ikan Asam Pedas
  • Chilli Flower Crab
  • Pasta
  • Aneka Pilihan Pencuci Mulut
  • Kuih-Muih
  • Susyi & Sashimi

Pelbagai pilihan lain dan aneka makanan akan disediakan untuk anda dan sekeluarga. Jika anda berminat untuk membuat tempahan berbuka puasa di Palm Terrace Café, anda boleh menghubungi di talian di 09-746 2233 atau 013 922 4300 atau 012 961 6435 (Raja Ismail, Pengurus Restoran Palm Terrace Café).

Tekstur dan persembahan yang ditampilkan begitu cantik dan sedap. Inilah peluang keemasan anda untuk mencuba segala juadah berbuka puasa yang telah disediakan oleh The Grand Renai Hotel Kota Bharu.

Iftar Jam’ie Di Grand Ballroom Beramai-Ramai!

Setiap Syarikat Perkhidmatan dan Perhotelan ingin mengutamakan servis yang terbaik kepada dari segi keselesaan dan suasana tempat. Oleh itu, Pihak The Grand Renai Hotel juga menyediakan dewan besar seperti Grand Ballroom atau mana-mana dewan yang disediakan oleh pihak hotel.

Jika anda ingin suasana yang lebih selesa dan luas atau ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara beramai-ramai, Inilah tempat sesuai untuk anda! Jika anda berminat untuk membuat tempahan, anda boleh terus menghubungi di talian 09 7462233 atau 013 9212233 (Sales Team)

Jom! Colek, Hidangan Moreh Eksklusif Berpatutan!

Seperti mana anda tahu, Moreh merupakan jamuan di masjid atau surau dalam bulan puasa selepas waktu solat tarawih. Namun selain hidangan berbuka puasa, The Grand Renai juga menyajikan set moreh Jom! Colek yang eksklusif dengan harga berpatutan untuk tetamu. Jom! Colek terdiri daripada 2 set iaitu:

Set A RM80 – Boleh dinikmati seramai 4 hingga 5 orang

Aneka Colek Campur:

  • Ayam
  • Perut
  • Paru
  • Cucur
  • Popia Goreng
  • Keropok Lekor

Set B RM50 – Boleh dinikmati seramai 2 hingga 3 orang

Aneka Colek:

  • Keropok Lekor
  • Rojak Campur
  • Rojak Buah

Hidangan moreh ini tersedia dari jam 8.30 malam hingga 11.00 malam di Lobby Lounge dan Palm Terrace Café. Untuk tempahan 3 Tier Moreh yang elegan ini, anda boleh terus menghubungi di talian 09 7462233 atau 013 922 4300 atau 012 961 6435 (Raja Ismail, Pengurus Restoran Palm Terrace Café)

Ramadan Set Menu “Citarasa Oriental”

Kepada penggemar juadah makanan yang berasaskan masakan Cina, kini anda boleh menikmati set menu berbuka puasa yang bertemakan “Citarasa Oriental” di Dynasty Restaurant di tingkat 6, dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga yang ditawarkan sangat lah berbaloi untuk dinikmati bersama keluarga tersayang. Oleh itu, terdapat 3 jenis set yang istimewa buat para tetamu iaitu:

– Set A RM450

– Set B RM550

– Set C RM750

Kesemua set ini adalah untuk 10 orang setiap meja. Dynasty Restaurant juga menyajikan pelbagai menu untuk berbuka puasa antaranya ialah:

  • Baked Butter Fish with cheese
  • Fried Prawn Kam Heong Style
  • Steamed Seabass Teo Chew Style
  • Grilled Lamb Rack with Mongolian Sauce
  • Aneka kuih muih
  • Dim Sum

Jika anda berminat dengan salah satu set diatas sebagai juadah berbuka puasa, anda boleh terus menghubungi pihak Dynasty Restaurant di talian  09 746 2233 atau 013 9858327 (Zuzuri, Pengurus Dynasty Restaurant) untuk membuat tempahan.

Tawaran Ramadan Staycation Di The Grand Renai Hotel

Selain pakej berbuka puasa, anda juga boleh menikmati pakej bilik istimewa sempena Ramadan dengan harga hanya RM248 nett sahaja untuk bilik Deluxe. Apa yang menarik ialah pakej ini juga termasuk sahur atau sarapan untuk dua orang. Kini anda boleh bermalam di hotel sambil menikmati pakej-pakej berbuka puasa yang sangat berbaloi ini.

Anda juga tidak perlu risau jika ingin mengerjakan solat tarawih di masjid berdekatan oleh kerana pihak The Grand Renai Hotel juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan untuk ke masjid berdekatan. Anda perlu membuat tempahan awal untuk promosi ini supaya anda dapat menikmati harga istimewa untuk berbuka puasa dengan harga RM65 untuk seorang

Bagi anda yang ingin mencuba juadah berbuka puasa bolehlah berkunjung bersama kenalan dan keluarga ke The Grand Renai Hotel Kota Bharu, tunggu apa lagi? Ayuh buat tempahan awal sebelum terlambat.

tags: | |