Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Ayam Bakar Paling Senang Dan Sedap, Confirm Berbaloi!

Ini Cara Buat Ayam Bakar Paling Senang Dan Sedap, Confirm Berbaloi!

Kategori: ,

Bila sudah tiba bulan Ramadan ini maka ramai lah di antara kita masih memikirkan tentang juadah untuk berbuka puasa kan? Yang pasti juadah itu tidak rumit dan susah untuk kita lakukan oleh sebab sesetengah orang tak sempat nak memasak dan akhirnya membeli juadah di luar atau juadah itu terlalu memakan masa yang panjang untuk dimasak. Ayam bakar ini mampu memberi sinaran baru buat korang untuk berbuka puasa nanti.

Resepi ini tidak perlu bahan yang banyak dan merumitkan cuma hanya perlu beberapa bahan sahaja, yang pasti mudah dan sedap. Jadi, apa kata kita ikuti perkongsian resepi di bawah.

Resepi Ayam Bakar Paling Sedap!

  • Ayam
  • 2 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • Sos tiram
  • Kicap lemak manis
  • Air Coca Cola
  • Garam

Cara Penyediaan:

  • Campur semua bahan yang disediakan.
  • Perapkan ayam selama 1 hari.
  • Masukkan ayam dalam air fryer.
  • Bakarkan ayam selama 30 min dalam suhu 180c.
  • Siap di hidang.

Siap! Mudah sangat kan? Tak perlu dah nak pening-pening, cukup buat ayam bakar sebagai juadah berbuka puasa pon dah okay. Korang nak plating cantik-cantik pon boleh. Ikut cita rasa sendiri. Menurut Shai Fina Salleh, dia berkongsi resepi ini melalui Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Semalam buat menu ayam bakar paling malas sekali sebab tak pakai banyak bahan tapi sedappp.

Memang sedap pon! Tengok sahaja pon dan meleleh air liur apatah lagi kalau makan kan?. Pasti menyelerakan!

Selamat mencuba!

Kredit: Shai Fina Salleh Via MAHN

Baca Juga: Resepi Ikan Bakar Terengganu Yang Terpadu Abad Ini, Aromanya Menusuk Hidung. Tak Sabar Nak Rasa!

tags: | |