Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » Steak Lover? Ini 10 Kedai Steak Yang Terbaik Di Kelantan, Pasti Tak Menyesal Pergi!

Steak Lover? Ini 10 Kedai Steak Yang Terbaik Di Kelantan, Pasti Tak Menyesal Pergi!

Kategori: ,

Stik merupakan perkataan yang dipinjam dari Bahasa Inggeris iaitu ‘steak’. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, Stik merupakan potongan daging tebal untuk dipanggang atau digoreng dan akan dihidangkan dengan sos lada hitam. Kebanyakan stik akan dipotong lurus dengan serat otot.

Stik ini datang dari 4 jenis lembu iaitu Wagyu, Black Angus, Australian, lembu tempatan namun daging yang premium dan sedap sudah semestinya dari daging lembu Wagyu dan Black Angus. Kedua lembu ini mempunyai keistimewaan dan perbezaan yang sangat ketara dari segi rasa dan tekstur.

Daging Wagyu yang berasal dari Jepun ini jelas mempunyai lebih banyak lemak dalam bentuk yang unik dan daging lembu Black Angus yang berasal dari Scotland mempunyai jumlah lemak yang tidak banyak dan sangat Juicy bila dimakan. Sebaliknya, Wagyu mempunyai kelebihan dari segi aroma yang lebih ketara dan berkhasiat. Oleh sebab itu, daging ini dikatakan lebih premium dan lebih berharga.

Jika anda seorang steak lover, jom terokai 10 kedai stik terbaik di Kelantan. Memang tak akan menyesal bila pergi dan dijamin sedap!

10. Umbrella Steak House

Umbrella Steak House menyediakan menu masakan arab seperti nasi arab, roti nan, nasi mandy dan juga masakan barat. Bagi penggemar stik, anda boleh juga berkunjung ke kedai ini kerana kedai ini menyajikan stik daging lembu yang sangat sedap dan lazat. Pembelian yang sangat berbaloi oleh kerana portion sememangnya banyak. Kalau anda pergi pasti tak menyesal. Waktu dan hari operasi seperti berikut.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh terus menghubungi talian 017-915 7894 atau 017-4516131.

9. One Steak Cottage

One Steak Cottage menyediakan masakan panas dan juga masakan barat. Hidangan yang paling istimewa ialah Beef Steak with Mushroom Sauce, sememang kuahnya sangat padu dan tektstur daging yang sangat lembut dan juicy. Harga pun juga amat lah berpatutan dan mampu milik. Jadi, bagi penggemar stik boleh lah berkunjung ke kedai ini. Waktu dan hari operasi seperti berikut.

Untuk maklumat lanjut atau anda berhajat untuk membuat tempahan, anda boleh terus menghubungi 014-2995113. Selamat mencuba!.

8. Zul’s Steak

Zul’s Steak mempersembahkan kepada penggemar BBQ dan stik yang mana kambing berempah Royalnya sangat terbaik di Pantai Timur. Zul’s Steak menyajikan BBQ, kambing berempah yang diperap dan dibekukan. Rempahnya dipercayai bermula dari 2009. Bahan mentah yang digunakan adalah memang berkualiti tinggi dan pilihan terbaik. Sudah semestinya murah, sedap dan dijamin halal.

Untuk pengetahuan anda, Zul’s Steak hanya mengambil pesanan dan membuat penghantaran secara Cash On Delivery (COD). Untuk membuat tempahan, anda boleh terus menghubungi 011-12182240 atau

7. Vicolo Pizzeria

Anda berhajat nak makan daging wagyu dengan harga berpatutan di Kota Bharu? Anda boleh dapatkan di Picolo Pizzeria dengan harga bermula RM85! Kedai ini menyediakan stik siap masak premium Angus dan Wagyu. Tunggu apa lagi? jom lah ramai-ramai cuba makan stik ini oleh kerana ramai yang mengatakan stik ini sedap dan mampu milik. Hari dan waktu operasi seperti berikut.

Seberang pertanyaan dan tempahan, anda boleh terus menghubungi talian www.wasap.my/+60162090484/orderVICOLO

6. Jiran Cafe

Jiran Cafe menampilkan pelbagai hidangan seperti pizza, makanan barat dan pasta. Kepada steak lover, Kedai ini juga menyajikan beef steak yang sedap! Jadi, anda hanya perlu rasakan tekstur daging yang dipanggang. Sememangnya sangat lazat dan beraroma. Waktu dan hari operasi seperti berikut.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi talian di 09-764 1781 atau WhatsApp di+60 12-955 6477

5. Samurai Yakiniku KB

Samurai Yakiniku menampilkan hidangan dari negara Jepun yang berkonsepkan BBQ pertama di Kelantan. Produk yang digunakan sememangnya bersih dan halal. Samurai Yakiniku terkenal dengan daging lembu Wagyu yang dihiris nipis dan dimakan dengan sos, nasi dan sup misu.

@samuraiyakiniku Cheapest Halal Wagyu Yakiniku In Town! Jom dine in di Samurai Yakiniku Bangi di Bangi Gateway #samuraiyakiniku #bangi #foodhunt #makan ♬ Bukan Hal Aku (feat. Sleeq) – Kaka Azraff

Terdapat pelbagai menu yang disajikan dan sangat sesuai jika ingin menikmati secara santai-santai bersama rakan dan keluarga tersayang. Harganya sangat lah murah dan mampu milik. Jadi, ayuh ramai-ramai ke Samurai Yakiniku! Hari dan waktu operasi seperti berikut.

Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi 010 986 2080. Confirm tak menyesal pergi!

4. Coffee Squad

Coffee Squad juga ada menawarkan daging gred MB9 premium Wagyu Steak dan Black Angus Steak dengan harga serendah RM95 untuk sekeping seberat 200 gram – 250 gram. Berbaloi kan? Menu stik ini juga datang dengan hidangan bersama Spaghetti Aglio e Olio Wagyu. Jadi, jika anda berhajat untuk menikmati stik di kedai ini, anda boleh membuat tempahan awal. Hari dan waktu operasi seperti berikut.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi +60 17-969 8557

3. K Castle Steakhouse

Ciptakan kenangan meriah anda di K Castle Steakhouse! Anda mencari lokasi yang mewah, eksklusif, cantik dan romantis? Datang lah ke K Castle Steakhouse. Memang sesuai untuk anda dan sekeluarga yang mementingkan persekitaran begini oleh kerana kedai ini menyediakan bilik privasi beserta dekorasi mengikut tema yang anda inginkan.

Dalam masa yang sama menikmati suasana yang cantik, anda boleh juga menikmati santapan stik gred A5 dengan harga sangat berpatutan dengan portion yang tidak mengecewakan.

Cantik kan? Sangat sesuai untuk anda yang berhajat untuk menyantuni daging stik yang sangat sedap dan unik. Tawaran yang disediakan daripada K Castle Steakhouse sangat lah berbaloi dengan suasana dan harga.

@k_castle_steakhouse Celebrate iftar like sultan🤴🏻 #fyp #steaklover #ramadhan #iftar #wagyu #tomahawk #king #steak #kcastle #steakhouse #kotabharu #kelantan ♬ original sound – K Castle Steakhouse

Untuk pengetahuan anda, K Castle Steakhouse ini menampilkan persembahan yang istimewa yang mana setiap kali stik dihidang, anda akan dilayan oleh pelayan yang bernama ‘salt bae’ atau ‘salt abe’. Wow! Di Kelantan pun ada juga? Semestinya ada. Jadi, tunggu apa lagi. Jom buat tempahan sekarang. Waktu dan hari operasi seperti berikut.

Untuk tempahan, boleh terus menghubungi talian hotline 011-18867071 atau klik wasap.my/601118867071/BookingMeja

2. Me’nate Steakhub Kelantan

Me’nate salah satu kedai yang kerap memberi diskaun untuk pelanggan tercinta mereka. Kadar diskaunnya memang tak masuk akal dan sangat lah murah. Jika anda ingin menikmati santapan secara beramai-ramai, anda boleh memilih Group Steak yang terdiri daripada dua set iaitu Set A yang berharga RM500 untuk 5-6 pax, Set B pula berharga RM700 untuk 5-6 pax. Jadi, anda boleh menikmati bersama keluarga tersayang dan rakan tauladan.

@kulinerkelantan kt Kelantan pun dah ada Me’nate Steak Hub laa. #fyp #fypシ #menatesteakhub #wagyu #lambracks #MYfoodie ♬ original sound – Kuliner Kelantan

Untuk pemilihan sos pula, Me’nate menampilkan 3 pilihan sos yang terdiri daripada sos lada hitam, sos cendawan dan sos bawang putih. Pemilihan sos juga amat penting dalam menambahkan lagi kesedapan daging yang akan dicicah. Jika anda keliru untuk memilih sos yang sesuai dan terbaik, kami syorkan makan bersama sos bawang putih. Dijamin sedap, juicy dan lazat! Hari dan waktu operasi kedai seperti berikut.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi 019-3911047 atau 019-4771047 sekarang.

1. KBB Burger & Steak

KBB Burger & Steak menawarkan daging lembu Wagyu yang istimewa yang mana anda boleh menikmati santapan daging gred A5 dengan harga yang sangat berpatutan!

Dry-Aged Steak Pertama Di Kelantan!

KBB Burger & Steak menampilkan 2 menu istimewa khusus untuk anda yang cintakan tekstur unik dan rasa yang luar biasa, iaitu Dry-Aged Steak dan Butter Dry-Aged Steak!

Untuk pengetahuan anda, Dry-Aged ialah satu proses yang mana dagingnya disimpan pada suhu yang terkawal. Daging ini disimpan selama 20 hari hingga ke 70 hari atau lebih tujuan untuk menyantuni kepada sesiapa yang ingin merasakan tekstur dan rasa yang unik pada daging ini.

Semakin lama disimpan, semakin luar biasa tekstur luarannya yang mana ia mula mengeras dan saiz potongan daging akan mula mengecil. Proses Dry-aging adalah satu proses di mana kelembapan di dalam daging akan terzahir dan secara tidak langsung memberikan rasa yang lebih kuat dan lain daripada yang lain berbanding daging biasa.

Secara kimianya, proses Dry-aging menggalakan pergerakan enzim di dalam daging agar untuk lebih aktif. Tujuan ini untuk memecahkan sel-sel protein di dalam daging tersebut agar dapat memberikan tekstur yang lebih lembut dan senang untuk dipotong.

Percaya lah semakin lama tempoh dry-aging semakin enak rasa umami daging yang mana ia terhasil rasa nutty, buttery, rustic dan beefy! Jadi, kepada penggemar stik, ini adalah perkara yang anda wajib cuba walaupun hanya sekali. Waktu bisnes kedai seperti berikut.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, anda boleh terus menghubungi 010-2581001. Jom ramai-ramai ke KBB Burger & Steak!

10 kedai stik sudah pun tersedia. Semoga kedai-kedai ini dapat memeriahkan lagi suasana dan mengeratkan lagi ukhwah antara anda, sekeluarga dan rakan tauladan. Tunggu apa lagi? jom la kita buat tour!

Kredit: KBB Burger & Steak, K Castle Steakhouse, kulinerkelantan, Coffee Squad, Me’nate, Umbrella Steak House, Vicolo Pizzeria. Samurai Yakiniku, Zul’s Steak, One Steak Cottage, Jiran Cafe

Baca Juga: Cara Buat Nasi Briyani Menggunakan Rempah Kari Adabi. Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Seisi Keluarga!

tags: | | |