Biasanya bila tiba hari raya, saudara-mara dan jiran tetangga pasti berkunjung ke rumah. Manakala tuan rumah pula akan akan menyediakan pelbagai hidangan kepada tetamu. Salah satu daripada hidangan itu mestilah kuih raya. Nama pun raya, tak sah kalau tak ada kuih raya.
Bagi yang berkelapangan, mereka akan cuba buat kuih raya sendiri. Tapi kebanyakan dari kita takut nak bagi orang rasa sebab takut tak sedap. Maklumlah tiru resepi dari encik google je. Korang jangan la risau kan ada bermacam-macam tips untuk dapatkan biskut raya yang sedap.
Yeke? Apa caranya? Haa, meh sini nak bagitau.
1.Mentega atau butter
Mentega merupakan antara bahan asas yang digunakan dalam proses membuat kuih raya. Daripada korang guna marjerin, lebih baik korang guna pure butter seperti Tatura, Anchor, Butter dan sebagainya. Nak biskut raya korang sedap kan? Jadi elakkan guna marjerin. Sebab marjerin akan memberi rasa masain dan kurang sedap kepada biskut. Selain itu, biskut juga akan cepat berbau hamis.
Bau kuih raya pun boleh tackle orang untuk makan tau. Kalau guna pure butter, bau kuih raya akan lebih menyelerakan. Walaupun kadang-kadang ada bentuk kuih yang tak sama, tapi disebabkan bau sedap yang menyucuk hidung tu, orang akan tertarik untuk makan kuih tersebut.
2.Kekacang
Kekacang seperti hazelnut, almond, kacang tanah biasa digunakan sebagai bahan utama atau bahan dekorasi kuih raya. Tips supaya ianya tetap ranggup dan tahan lama ialah korang perlu bakar atau goreng kacang tersebut tanpa minyak.
Kalau kekacang seperti macadamia, walnut, pecan, mereka ni tak perlu dibakar atau goreng kerana kekacang jenis ni agak berminyak apabila dibakar. Jadi untuk kekacang ni, korang boleh terus masukkan ke dalam adunan kuih.
1.Dulang pembakar
Dari segi pemilihan dulang, korang perlu guna dulang yang mempunyai bahagian tepi yang rendah. Ia penting bagi memudahkan pengaliran haba dari oven ke atas biskut dengan sekata. Nak lagi power, on kipas oven semasa bakar biskut.
1.Menguli adunan
Bagi mendapatkan hasil yang baik, biarkan butter dan telur pada suhu bilik. Selain itu, jangan pukul butter atau gula berlebihan, cukup sehingga berkrim sahaja. Kalau korang pukul macam nak marah orang tu nanti adunan jadi lembut dan biskut akan mengembang apabila dibakar.
Letakkan tepung dan bahan kering dalam bekas yang berbeza. Bila dah siap pukul butter, baru masukkan bahan kering dan gaul ringan menggunakan tangan sehingga menjadi doh.
2.Rehatkan adunan
Apabila adunan siap, simpan dulu dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam atau semalaman. Ia akan menjadikan biskut lebih ranggup. Ketika adunan dikeluarkan dari peti sejuk, adunan mungkin agak kering tapi jangan risau, korang boleh tambah sedikit mentega dan uli semula sehingga lembut. Tapi tak semua biskut sesuai dengan teknik ni tau.
Sekian sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai tips untuk dapatkan biskut raya yang sedap sehingga menjilat jari. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menghasilkan biskut raya yang digemari ramai. Silap hari bulan boleh buat income dengan menjual kuih raya. Sekarang ni kan ramai je yang suka ‘kuih tunjuk’. Busy dengan kerja la katakan.
Sumber : EasyBakeLab
Baca juga : Tips Penting & Teknik Betul ‘Double Boiler’ Coklat Agar Coklat Mudah Cair & Tak Jadi Macam Dodol