Sesudah tiba bulan puasa ini, kuih onde-onde menjadi santapan sebagai pembuka selera yang wajib pada bulan puasa ketika berbuka. Kebiasaannya, kita akan melihat onde-onde yang berwarna hijau akan tetapi kali ini adalah onde-onde yang berwarna seakan biru lembut.
Hasil warna kebiruan ini adalah dari air rebusan Bunga Telang. Kelebihan menghasilkan kuih onde-onde dengan Bunga Telang adalah hanya sekadar untuk menaikkan aroma dan keunikan warna agar sedap dipandang dengan mata, tambahan pula keenakan rasanya memang tiada bandingan. Jadi, jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.
Cantik kan? Kalau dapat makan ketika berbuka puasa dengan keluarga tersayang lagi syahdu dan sedap. Resepi yang dikongsikan oleh Siti Khairun Nur Akmal di Grup MAHN sangat lah mudah untuk dihasilkan. Jadi, anda boleh jimatkan masa dan duit anda dengan hanya menghasilkan onde-onde di rumah sahaja dan tidak perlu keluar ke bazar. Selamat mencuba!
Kredit: Siti Khairun Nur Akmal Via MAHN
Baca Juga: Seharian Berpuasa? Hilangkan Haus Dengan Mencuba Resepi Cha Bang Ang Ini