Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Telur Dadar Nampla, Walaupun Ringkas Tetap Menggoda. Confirm Bertambah Nasi!

Cara Buat Telur Dadar Nampla, Walaupun Ringkas Tetap Menggoda. Confirm Bertambah Nasi!

Kategori: ,
resepi telur dadar nampla

Walaupun murah dan nampak sangat ringkas, lauk telur ini tetap menjadi pujaan hati ramai. Mana tidaknya, rasanya yang enak membuatkan ramai dalam kalangan kita lebih memilih telur berbanding laut lain. Bukan sahaja sedap namun ingin menjadikannya sebagai hidangan juga sangat mudah dan cepat.

Antara yang biasa dihidangkan adalah telur mata, telur goreng kicap dan telur dadar. Kali ini ada juga telur dadar namun sedikit berbeza kerana ianya dimasukkan sedikit sos nampla. Dengan memasukkan sos ini ke dalam telur, rasanya akan menjadi lebih sedap dan menggoda.

Tak percaya? Kalau tak percaya, anda semua boleh cuba buat sendiri Telur Dadar Nampla ini di rumah dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Wan LuQman ini.

Resepi Telur Dadar Nampla Yang Sedap Dan Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • Telur saiz B 3 biji
  • 1sb nampla
  • 1½ air
  • Cili merah
  • Daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Pecahkan telur dan potong cili secukupnya. 
  2. Masukkan nampla. 
  3. Kemudian pukul telur selaju mungkin sehingga berbuih. 
  4. Masukkan daun bawang. 
  5. Panaskan minyak. Apabila minyak betul-betul panas, tuangkan telur ke dalam minyak tersebut. 
  6. Goreng sehingga masak. 
  7. Angkat dan toskan.
  8. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Telur Dadar Nampla ini? Selain dibuat untuk makan pagi atau makan petang, telur ini juga sangat sesuai jika dibuat untuk bersahur. Pasti berselera punya. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cari bahan dan hidangkan untuk bersahur nanti.

Selamat mencuba!

Kredit: Wan LuQman

Baca juga: Belum Buat Lagi Dah Tahu Sedap, Wanita Ini Bocorkan Resepi Cek Mek Molek Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

tags: | |