Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hampir Berbuka Pekerja Buat Kecoh, Datang & Ambil Semula Makanan Buat Warganet Berang. Ramai Minta Viralkan Kedai

Hampir Berbuka Pekerja Buat Kecoh, Datang & Ambil Semula Makanan Buat Warganet Berang. Ramai Minta Viralkan Kedai

Kategori:
pekerja shellout

Pastinya apabila tiba bulan puasa antara perkara yang ditunggu-tunggu adalah berkumpul dan berbuka puasa dengan ahli keluarga. Selain membeli juadah di bazar Ramadan dan memasak sendiri hidangan, ramai juga dalam kalangan kita akan memilih untuk berbuka di luar. Apabila berbuka di luar pasti suasananya akan sedikit berbeza jika dibandingkan berbuka di rumah.

Malah lebih berbeza lagi adalah apabila mendapat servis yang kurang memuaskan. Tidak kiralah dari makanan yang disediakan atau pun dari pelayan. Kalau nak cakap penat, semua orang penat memandangkan ianya adalah bulan puasa. Kadangkala layanan yang diberikan oleh segelintir pelayan kedai makan ini buatkan ramai dari kalangan kita berasa kecewa.

Wanita kecewa pekerja buat kecoh dan ambil semula makanan

Seperti mana yang berlaku kepada wanita yang dikenali dengan nama Miya menerusi aplikasi TikTok, di mana dia sempat berkongsi pengalaman duka sewaktu berbuka puasa di kedai bersama keluargannya. Kejadian berlaku apabila dia dan keluarganya makan Shellout di sebuah kedai.

Sungguh dia berasa kecewa kerana pelayan kedai berkenaan salah meletakkan makanan iaitu Shellout Buttermilk. Namun mereka tiada memesan makanan berkenaan. Jadi dia sekeluarga mengambil keputusan untuk membiarkannya sahaja dan nanti mereka akan membayarnya.

Namun tiba-tiba datang seorang pelayan wanita yang sempat membuat kecoh di meja makan mereka dan meminta pekerja lain mengambil balik makanan tersebut. Malah wanita tersebut juga sempat membuat muka apabila diminta wang deposit oleh Miya.

Lebih membuatkan Miya dan keluarganya terkilan adalah pekerja berkenaan berlalu begitu sahaja tanpa kata maaf walaupun sudah jelas lagi nyata bahawa mereka yang bersalah.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat sebelum kejadian ada dua jenis hidangan iaitu Shellout biasa dan Shellout buttermilk. Namun selepasnya hanya tinggal kuah buttermilk semata-mata.

https://www.tiktok.com/@htpjmt/video/7087197836252581147?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052514222143800833

@htpjmt Sampai hati jamu makanan kat customer macam ni .. dahla tak mintak maaf , layan customer macam ape jee .. takpelah nak berbuka orang buat macam ni kat kita ☺️ #tiktokmalaysia #fyp ♬ original sound – miya

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang berasa geram dan minta Miya viralkan nama kedai terbabit. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen, terus takde selera selepas kejadian tersebut kan.

Viralkan nama kedai terus..

Tidak dapat diketahui dengan jelas apakah sebab pekerja berkenaan melayani pelanggan sedemikian rupa. Namun nasihat kami adalah tetaplah melayan sesiapa sahaja dalam keadaan baik walau dalam situasi apa sekali pun. Ia bukan soal penat dan lapar namun soal adab sesama kita.

Kredit: Miya

Baca juga: Lelaki Bengang Beli Ketupat Tapi Keras Teramat Sangat, Baling Kat Dinding Pun Tak Berkecai

tags: |