Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kalau Gula Kat Luar Namanya Outde-Outde” – Lelaki Ini Terkejut Beli Kuih Onde-Onde Gula Asing Buat Netizen Terhibur

“Kalau Gula Kat Luar Namanya Outde-Outde” – Lelaki Ini Terkejut Beli Kuih Onde-Onde Gula Asing Buat Netizen Terhibur

Kategori:

Pada bulan Ramadan ini, memang cukup banyak kisah yang kita dengar tentang jualan makanan yang ada kalanya tak sedap atau menggunakan ramuan yang salah. Ada yang mengundang kecaman netizen, ada pula yang buatkan netizen terhibur !

Baru-baru ini, perkongsian daripada seorang pelanggan di bazaar Ramadan di Twitter tentang pembelian onde-ondenya yang sangat luarbiasa cukup mencuit hati warganet.

Video yang dimuatnaik itu menunjukkan lelaki tersebut membuat perbandingan antara onde-onde yang biasa dijumpai serta onde-onde yang disediakan dengan cukup janggal iaitu dengan menyediakan kuah gula melaka asing.

“First Time Tengok Onde-Onde Gula Asing..”

Netizen yang melihatkan rupa pelik kuih onde-onde tersebut tidak dapat menafikan bahawa rupanya tidak ubah seperti kuih lopes kecuali bentuknya yang bulat.

Seperti yang kita tahu, kuih lopes biasanya berbentuk tiga segi dan saiznya juga lebih besar daripada onde-onde.

onde-onde gula asing yang menghairankan netizen

Tidak hanya itu, netizen yang hairan melihat bentuk pelik onde-onde tersebut turut berpendapat cara makannya mungkin sama dengan kuih lopes. Namun, ada juga yang bagi cara kreatif lain. Netizen memang tak pernah mengecewakan kalau bab-bab macam ni !

onde-onde gula asing

Ada juga sesetengah netizen yang bersangka baik dengan berpendapat mungkin peniaga sengaja berikan gula lebih untuk kuih itu.

onde-onde gula asing

onde-onde kuah asing

Ni Kuih Negeri Mana Ni ?

Rupa kuih onde-onde gula asing ini juga mencetuskan pertikaian netizen mengenai asal-usulnya. Kuih dari negeri mana yang onde-ondenya dari luar ? Nak kata dari Melaka pasti bukan. Kuih luar Melaka kot !

 

onde-onde gula asing

Macam-macam ragam sungguh gelagat pembeli dan peniaga pada bulan puasa ni. Mungkin peniaga tersebut nak mudahkan pelanggan makan kuih lopes bersaiz kecil.

Itu yang dibuatnya bentuk bulat dan comel macam onde-onde. Harap-harap rasanya sedap supaya terubat sedikit hati si pembeli yang keliru.

Ingatkan onde-onde warna biru pun dah pelik, rupanya ada juga onde-onde yang mendapat sentuhan kreatif peniaga sampai diasingkan kuah gula melakanya.

Anda pula bagaimana ? Apa pengalaman kelakar anda sepanjang bulan puasa ini di bazaar Ramadan ? Jom kongsikan bersama kami !

Sumber : Twitter @brgsjks

tags: