Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Lumut Bandung Yang Sedap Dan Menyelerakan, Memang Kegilaan Ramai

Resepi Puding Lumut Bandung Yang Sedap Dan Menyelerakan, Memang Kegilaan Ramai

Kategori:

Selalu beli ‘kuih tunjuk’ je dekat bazar. Manis ke tawar ke telan je . Teringin nak buat kuih sendiri tapi tak pandai.  Kadang-kadang jealous dengan orang yang pandai buat kuih. Buat apa pun menjadi. Hidup ni ada step by step. Mereka yang pandai tu bukannya sekali buat terus menjadi. Dalam dunia ni kena ada kegagalan dulu, baru ada kejayaan kerana sebagai manusia kita perlu belajar dari kesilapan. Jangan pandang dari sudut negatif semata-mata.

Kumpulkan semangat, bangkitkan diri! Jom sama-sama cuba buat resepi puding lumut bandung. Rasa dia memang terangkat. Sekali cuba pasti nak lagi. Bila rasa dah terer boleh buat banyak-banyak letak dekat masjid. Bulan ramadan, bulan yang penuh kemuliaan. Justeru, korang sepatutnya berlumba-lumba rebut peluang untuk lipat gandakan pahala sedekah.

Cara-cara Buat Puding Lumut Bandung Yang Sedap Dan Terangkat

Bahan-bahan untuk membuat puding lumut bandung:

  • Sebungkus serbuk agar-agar (10gm)
  • 300ml santan pekat
  • 500ml air
  • 2 biji telur
  • 150gm gula pasir
  • Secubit garam (untuk bagi puding berlemak sikit)
  • 1sdb bes minuman berperisa ros
  • 2 helai daun pandan

Cara penyediaan puding lumut bandung:

  1. Pukul 2 biji telur di dalam mangkuk.
  2. Satukan kesemua bahan di dalam bekas besar. Kemudian tapis.
  3. Simpul daun pandan dan masukkan ke dalam acuan puding.
  4. Masak dengan apai perlahan sehingga mendidih (kacau sekali sekala sahaja).
  5. Apabila lumut kelihatan dipermukaan, tutup api dan biarkan wap panas hilang.
  6. Kemudian tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Bahan-bahan untuk puding susu:

  • 500ml suhu UHT
  • 50gm gula pasir
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • 2 sdt serbuk agar-agar

Cara penyedian puding susu:

  1. Satukan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.
  2. Biarkan wap panas hilang.
  3. Kemudian tuang ke atas puding lumut bantung tadi.
  4. Sejukkan dan siap dihidang.

Tada! Puding lumut bandung dah siap. Mudahkan nak buat puding ni. Kalau korang dah try, tapi tak menjadi korang jangan sedih tau. In shaa Allah bila dah buat banyak kali nanti, confirm menjadi. Silap-silap sambil pejam mata pun boleh buat.

Kredit: Mas Cotek

Baca juga: Resepi Puding Lumut Butter Dua Layer yang Menyelerakan, Sangat Mudah Untuk Disediakan. Jom Cuba Sekarang!

tags: | |