Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Chocolate Almond Cluster Paling Senang dan Rasa Seakan Ferrero Rocher!

Ini Cara Buat Chocolate Almond Cluster Paling Senang dan Rasa Seakan Ferrero Rocher!

Kategori: ,

Sambutan hari raya tahun ini mungkin meriah berbanding dua tahun lepas oleh kerana penularan wabak Corona Virus. Tahun ini pastikan suasana hari raya dipenuhi dengan kemeriahan dan keseronokan dengan membuat pelbagai kuih raya dan Chocolate Almond Cluster adalah salah satu kuih raya yang paling diminati oleh orang ramai.

Chocolate Almond Cluster merupakan badam yang disaluti coklat yang rasanya sedap dan seakan rasa seperti Ferroro Rocher. Untuk menghasilkan kuih ini ia tidak memerlukan banyak bahan dan cara penyediaannya tidak lah rumit dan sangat lah mudah. Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Resepi Chocolate Almond Cluster Yang Sedap!

Bahan-bahan:

  • 500g almond strips
  • 350g milk choc coin (Beryls)
  • 200g dark choc coin (Beryls)
  • 1-2 sudu besar butter (optional)

Cara Penyediaan:

  1. Sangai almond strips dalam kuali dalam 10-15 minit sehingga garing. Sesudah siap angkat dan sejukkan sedikit. Almond akan betul-betul rangup selepas sudah sejuk sepenuhnya. Ia boleh juga masuk oven sekejap selepas disangai (suhu oven 180° selama 5-10 minit).
  2. Panaskan coklat kemudian apabila sudah cair angkat dan sejukkan sedikit.
  3. Sesudah sejuk masukkan almond ke dalam coklat, gaul semua sehingga rata. Boleh masukkan 1-2 sudu besar butter (optional).
  4. Tuang dalam paper cup kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 5-10 minit. Sejukkan hanya sekadar coklat itu mengeras.
  5. Siap untuk dimasukkan ke dalam balang.

Wah! Tak perlu pakai tepung dan tak perlu uli langsung. Sangat lah mudah. Moga perayaan anda kali ini dipenuhi dengan kemeriahan dan kenangan dengan kuih Chocolate Almond Cluster. Pastikan anda sediakan banyak balang oleh kerana kuih ini laku keras di hari raya.

Selamat mencuba.

Kredit: Nur Shafawati Via MAHN

Baca Juga: Ini Cara Buat Biskut Semperit Kayangan Lotus Biscoff, Raya Nanti Pasti Laku Keras!

tags: | | |