Kemalangan kecil di rumah boleh berlaku bila- bila masa. Jika tak kena dengan mood, minyak atau lauk tertumpah di lantai pun boleh buat ibu-ibu rasa stres nak mengemas.
Lebih-lebih lagi jika yang tertumpah adalah cecair dengan kotoran degil seperti minyak, segala jenis sos dan minyak. Kalau nak mop pun bukannya senang.
Mana tidaknya, terpaksa la si ibu tinggalkan kerja dan mulakan operasi membersih. Nak kena pergi toilet ambil mop, lepas tu nak kena lap kesan tumpah. Kemudian, nak kena bilas balik dan pastikan bersih dan tak melekit.
Mop yang dah digunakan juga perlu dicuci semula daripada kesan tumpahan. Leceh betul ! Kalau ada cara senang untuk bersihkan lantai mesti best kan ?
Kalau nak tahu, sebenarnya ada satu tips ringkas yang anda boleh cuba. Jangan terkejut bila saya kata anda perlu gunakan tepung ! Ya, tepung semata-mata tanpa perlu guna air.
Biasa kita dengar tepunglah yang akan mengotorkan dapur ketika buat kuih atau kek. Tapi kali ini, ia akan bantu kita bersihkan kotoran cecair yang tertumpah di lantai. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.
Jom belajar cara cuci kotoran guna tepung ! Caranya mudah saja.
Jika kotoran seperti minyak, sos, atau kicap tumpah di lantai, jangan terus mop ! Ini akan membuatkan kotoran semakin merebak ke bahagian lain. Makin susah anda nak bersihkan nanti. Ikuti cara-cara berikut :
Mudah sahaja bukan untuk cuci kotoran guna tepung ? Dalam membersihkan dapur, kita perlulah bijak untuk manfaatkan tips sebegini, barulah ruang dapur lebih bersih dan tak berserabut. Kalau nak tahu, anda juga boleh praktikkan cara ini pada permukaan lain seperti dapur memasak atau counter top. Confirm bersih tanpa meninggalkan kesan !
Sumber : Chef As Homemade