Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lebih 1 Juta Tontonan Di TikTok, Wanita Ini Kongsikan Cara Buat Aiskrim Keladi Homemade. Senang Je Rupanya !

Lebih 1 Juta Tontonan Di TikTok, Wanita Ini Kongsikan Cara Buat Aiskrim Keladi Homemade. Senang Je Rupanya !

Kategori: ,

Ketika cuaca panas-panas begini, memang sedap kalau dapat basahkan tekak dengan aiskrim ! Tapi bulan-bulan puasa ni malas pula rasanya nak ke kedai semata-mata nak beli aiskrim. Apa kata anda cuba buat sendiri di rumah ?

Siapa dekat sini suka aiskrim keladi ? Kalau nak tahu, sebenarnya aiskrim ini sangat senang untuk dibuat di rumah. Resepi serta cara penyediaan aiskrim ini telah dikongsikan oleh pembuat aiskrim di Tiktok, Zam Aiskrim.

Hantaran perkongsian resepi yang sudah mencapai lebih 1 juta tontonan ini buatkan netizen geram untuk uji skill masing-masing dalam buat aiskrim keladi homemade. Jom kita tengok cara penyediaan aiskrim keladi yang ringkas !

cara buat aiskrim keladi homemade

Cara Buat Aiskrim Keladi Homemade Yang Sedap Dan Confirm Jadi

Bahan-Bahan :

  1. 300 ml air
  2. 2 sudu tepung jagung
  3. 300 ml susu kotak
  4. Perisa keladi
  5. Pewarna ungu
  6. 60 gram gula pasir
  7. 1 sudu ovelette

Cara-Cara :

  1. Tanpa buka api, masukkan air ke dalam periuk
  2. Letakkan pula tepung jagung
  3. Biarkan larut, kemudian buka api dan kacau laju-laju sehingga adunan jadi jernih
  4. Masukkan 300 ml susu dan kacaukan lagi
  5. Masukkan 1 sudu perisa keladi dan 1 sudu pewarna ungu kemudian kacau hingga sebati
  6. Masukkan pula gula dan kacaukan adunan
  7. Biarkan sejuk seketika kemudian masukkan adunan ke dalam bekas
  8. Letakkan bekas dalam peti sejuk selama 5 jam
  9. Kemudian, keluarkan dan hancurkan adunan aiskrim yang sudah mengeras lalu masukkannya ke dalam bekas mixer atau mangkuk
  10. Masukkan 1 sudu ovelette
  11. Kacaukan adunan aiskrim sehingga kembang dan warna ungu menjadi pucat
  12. Tuangkan adunan yang sudah kembang ke dalam bekas
  13. Simpan aiskrim dalam peti sejuk selama 5 jam
  14. Sedia untuk dinikmati !

aiskrim keladi homemade

aiskrim keladi homemade

aiskrim keladi homemade

Anda juga boleh tonton video cara buat aiskrim keladi homemade di bawah. Tengok sampai habis tau!

@zamaiskrim Aiskrim Keladi Homemade #fyp #aiskrim #aiskrimkeladi #aiskrimviral ♬ DJ burung puyuh dimakan biawak – DJ ManikCi

Menjengah ruangan komen Zam Aiskrim turut mencadangkan untuk ubah suai resipi mengikut cita rasa. Bagi yang inginkan rasa keladi yang kuat, anda boleh tambahkan lagi perisa keladi. Kalau nak letak keladi betul yang direbus dan dipotong kecil-kecil pun boleh.

Mudah saja rupanya nak buat aiskrim keladi homemade. Lepas ni, bolehlah anda nikmati puas-puas bersama keluarga semasa berbuka nanti. Nak buat pencuci mulut sempena Hari Raya pun boleh juga. Selamat mencuba !

tags: