Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Lagi Guna Plastik Hitam, Restoran Ligat Berniaga Pada Orang Tak Puasa. Siap Sediakan Pakej Makanan Lengkap Dengan Air Minuman !

Tak Lagi Guna Plastik Hitam, Restoran Ligat Berniaga Pada Orang Tak Puasa. Siap Sediakan Pakej Makanan Lengkap Dengan Air Minuman !

Kategori:
tak lagi guna plastik hitam

Sebagai umat Islam, berpuasa pada bulan Ramadan adalah ibadah yang wajib dilaksanakan kecuali bagi golongan tertentu. Meskipun ibadah ini sudah menjadi rutin tahunan sejak bertahun-tahun dahulu, namun masih ramai lagi yang tewas pada nafsu pada bulan mulia ini.

Buktinya, ada juga individu yang didapati sengaja ponteng puasa hanya kerana tidak dapat menahan lapar dan dahaga.

Saban tahun, banyak kes ponteng puasa yang berjaya dikenalpasti oleh penguatkuasa. Individu-individu ini biasanya akan diserbu di restoran-restoran yang menjual makanan secara tertutup.

Operasi jual beli makanan kepada orang tidak berpuasa ini juga sering melibatkan geng plastik hitam kerana penggunaan plastik tersebut untuk menyembunyikan makanan yang dibeli pada tengah hari.

Peniaga Tak Lagi Guna Plastik Hitam Untuk Urusan Jual Beli

Namun, menerusi laporan Harian Metro, kini penjual-penjual makanan yang bersubahat dengan pelanggan yang tidak berpuasa tak lagi guna plastik hitam.

Sebaliknya, peniaga yang menjual makanan kepada golongan ini dilihat lebih berani dengan menggunakan plastik berwarna.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan pihak berkuasa daerah Kubang Pasu semalam adalah Taman Rasa Sayang, Taman Suria, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam dan Pekan Jitra.

Macam-Macam Taktik Digunakan Peniaga

Serbuan yang dijalankan kira-kira 9.00 pagi semalam mendapati pelbagai lauk pauk yang siap dibungkus sudah tersedia untuk pelanggan yang tidak berpuasa.

Difahamkan, terdapat kedai yang menyediakan pakej makanan yang lengkap bersama minuman untuk orang yang ponteng puasa.

Tidak hanya itu, sebuah kedai runcit yang dijadikan markas operasi juga didapati menyembunyikan timbunan bungkusan nasi yang disusun di rak roti.

tak lagi guna plastik hitam tak lagi guna plastik hitam

Terdapat juga lokasi yang menyaksikan pelanggan yang sedang beratur bertempiaran lari sebaik sahaja kenderaan pihak berkuasa mendekati kawasan terbabit.

Kejadian ini jelas membuktikan bahawa tabiat tidak berpuasa masih menebal di kalangan masyarakat. Pihak peniaga juga dilihat semakin rancak dan tidak malu untuk menjual makanan pada waktu yang tidak dibenarkan kepada pelanggan.

@hmetromy

Plastik hitam yang sinonim digunakan kaki ponteng puasa untuk membungkus makanan tidak lagi menjadi pilihan golongan berkenaan. Sebaliknya, mereka kini memilih plastik berwarna lain bagi membungkus makanan dibeli. #BeritaDiTikTok

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Semoga serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dapat membendung banyak kes ponteng puasa dan penjualan makanan secara sembunyi yang dilihat semakin berleluasa.

Diharap kejadian semalam juga dapat menjadi pengajaran buat peniaga dan pelanggan pada bulan yang mulia ini.

Sumber : Harian Metro

tags: