Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Enak dan Berwarna-warni, Ini Resepi Biskut M&M’s Guna Sukatan Cawan Yang Anda Perlu Cuba. Mudah Je Tak Perlu Guna Penimbang !

Enak dan Berwarna-warni, Ini Resepi Biskut M&M’s Guna Sukatan Cawan Yang Anda Perlu Cuba. Mudah Je Tak Perlu Guna Penimbang !

Kategori: ,

Hari Raya bakal menjelma tak lama lagi. Sudahkah anda buatkan persiapan kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti ? Bukannya apa, setiap kali tibanya musim raya, kuih atau biskut raya sudah menjadi satu kemestian bagi setiap rumah.

Untuk tahun ini, apa kata anda sajikan biskut M&M’s yang enak dan berseri dengan pelbagai warna yang dikongsikan oleh seorang peniaga kuih raya.

Yang menariknya, resepi ini sangat ringkas kerana tak menggunakan penimbang, hanya guna sukatan cawan saja.

Jom kita semak resepi biskut M&M’s yang mudah ini.

biskut m&m's Resepi Biskut M&M’s

Resepi Biskut M&M’s Yang Sedap Dan Comel, Pasti Sedap !

Bahan-bahan :

  • ¾ cawan butter
  • 1/3 cawan gula castor
  • 2/3 cawan gula castor
  • 1 biji telur + 1 biji kuning telur sahaja
  • 1 ½ sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 ¼ sudu kecil baking powder
  • 1/3 chocolate rice atau chocolate chip
  • Coklat M&M’s secukupnya untuk hiasan

Cara-Cara :

  1. Gabungkan butter dan gula castor kemudian pukul hingga adunan jadi kembang.
  2. Masukkan pula telur, kuning telur dan esen vanilla ke dalam adunan. Kacaukan hingga sebati.
  3. Ayak dan masukkan tepung gandum serta baking powder ke dalam adunan sedikit demi sedikit hingga habis. Kaup balik sehingga sebati.
  4. Jika anda dapati adunan agak lembik, boleh tambahkan 2 sudu besar tepung gandum.
  5. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit hingga 1 jam.
  6. Sekarang kita akan mula buat acuan biskut. Sudukan atau gentel bulat-bulat doh, kemudian susun atas baking tray.
  7. Kemudian, letakkan coklat M&M’s di atasnya.
  8. Bakar pada suhu 170 selama 15 hingga 20 minit atau mengikut oven masing-masing.
  9. Sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Resepi Biskut M&M’s

Resepi Biskut M&M’s

Senang je rupanya nak buat biskut M&M’s ni. Anda pasti akan terkejut dengan rasanya yang enak memandangkan cara nak buatnya pun tidaklah rumit. Rasanya sudah tentu sedap kerana resepi ini dikongsikan oleh pembuat kuih raya berpengalaman.

Jadi, tunggu apa lagi ? Jom cuba resepi biskut M&M’s yang ringkas dan cantik ini.  Ia pasti bakal berikan kelainan buat sambutan lebaran anda bersama rakan dan keluarga nanti. Selamat mencuba.

Sumber : Mingguan Wanita 

tags: |