Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Letak Je Atas Meja Nanti Ada Orang Kutip, Nak Jadi Pekerja Ke?” – Ibu Halang Anak Kemas Sampah Di KFC Buat Netizen Bengang

“Letak Je Atas Meja Nanti Ada Orang Kutip, Nak Jadi Pekerja Ke?” – Ibu Halang Anak Kemas Sampah Di KFC Buat Netizen Bengang

Kategori:
ibu halang anak

Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk mendidik anak dari kecil supaya menjadi orang yang berakhlak. Mereka juga perlu dididik supaya ringan tulang dan rajin hulurkan pertolongan kepada sesiapa.

Namun, sebuah ciapan yang tular baru-baru ini mengundang kemarahan netizen apabila pasangan ibu bapa didakwa menghalang anak mereka untuk berbuat baik ketika makan di KFC.

Mengulas lanjut, pengguna Twitter tersebut jelas kecewa kerana kelakuan itu ditunjukkan oleh ibu bapa beragama Islam. Kenapa nak halang anak buat baik ya ? Dalam bulan puasa pula tu.

Mungkin Anak Belajar Adab Dari Pengasuh ..

Melihatkan kelakuan kedua ibu bapa tersebut, pengguna tersebut juga menganggap yang anak tersebut telah diasuh oleh penjaga dalam bab akhlak, bukan ibu bapanya sendiri.

Menurutnya, anak kecil tersebut juga sempat mengucapkan terima kasih setiap kali dihulurkan makanan sedangkan ibu bapanya buat tak tahu saja.

Baginya, tidak menjadi satu kesalahan jika si anak ingin membantu orang lain supaya urusan mereka dipermudahkan, lebih-lebih lagi bagi yang bekerja di restoran atau pusat membeli-belah.

ibu halang anak kemas sampah

Kenapa Ibu Halang Anak Nak Buat Baik ?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pengguna Twitter tersebut. Mereka juga tidak faham mengapa ibu halang anak buat kebaikan padahal ia adalah nilai murni yang wajib dipupuk dari kecil.

ibu halang anak

ibu halang anak

Dalam kesempatan tersebut, mereka turut berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama seperti kejadian tersebut.

 

ibu halang anak

 

Tidak hanya itu, segelintir warganet yang pernah bekerja di pusat membeli-belah juga akui sangat menghargai pelanggan yang bertimbang rasa melipat semula baju dan ringan mulut mengucapkan terima kasih.

Kejadian yang dikongsikan pengguna Twitter ini jelas menggambarkan mentaliti sesetengah masyarakat yang tidak bertimbang rasa dan masih berkira dalam bab kebersihan di tempat awam. Perkara yang baik tak sepatutnya dihalang, kan ?

Memang benar pekerja restoran sudah digaji untuk membersihkan meja, namun apa salahnya jika kita saling membantu agar urusan mereka dipermudahkan ?

Tambahan pula, agama Islam sangat menuntut umatnya agar menjaga kebersihan sepanjang masa. Apapun semoga kebaikan serta amal jariah yang kita lakukan dapat memudahkan urusan ramai orang.

Sumber : Twitter @zyraroxx

tags: