Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Udang Galah Masak Kerisik Yang Super Lazat Dan Menyelerakan

Resepi Udang Galah Masak Kerisik Yang Super Lazat Dan Menyelerakan

Kategori: ,

Udang galah merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Tapi tahukah anda Malaysia merupakan negara pertama yang menemukan cara untuk menternak udang galah. Oleh itu kebanyakan negara asing memanggil udang galah sebagai “Udang Malaysia”.

Udang galah mempunyai pelbagai saiz. Ia boleh membesar sehingga sebesar tapak tangan orang dewasa. Dek kerana saiznya yang besar, ramai orang binggung nak masak macam mana udang galah ni.

Antara salah satu resepi udang galah yang korang patut cuba ialah resepi udang galah masak kerisik. Mesti korang tak pernah buat kan. Ini la masanya nak cuba resepi baru. Jom cuba sekarang!

Cara-cara Penyediaan Udang Masak Kerisik Yang Lazat

Bahan-bahan:

  • Udang galah
  • 3 sudu kerisik*
  • Cili kering yang telah diblend*
  • 3 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Halia sebesar ibu jari*
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 2 keping asam keping
  • 3 tangkai daun kari
  • Ajinomoto
  • Garam
  • Gula

Cara penyedian udang galah masak kerisik:

  1. Siang dan bersihkan udang galah.
  2. Kemudian lumur udang galah dengan kunyit dan garam.
  3. Goreng udang galah separuh masak. Kemudian toskan.
  4. Blend bahan (*) dan tumis sampai naik bau.
  5. Masukkan daun kari, asam keping, serbuk kari dan sedikit air.
  6. Kemudian masukkan udang dan perasa yang secukupnya. Done!

 

resepi udang galah

Itu sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai resepi udang galah masak kerisik yang sangat menyelerakan. Korang wajib cuba resepi ni sebagai salah satu menu berbuka puasa nanti!

Kredit: Ariel Juffry via Resepi Hebat

Baca juga: Ini Resepi Udang Kari Panang Thai Yang Padu & Boleh Memikat Selera Sesiapa Yang Berani Cuba.

tags: |