Hari Raya dah nak dekat, sudahkah anda sediakan kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti ? Khas untuk Aidilfitri kali ini, apa kata anda cuba sediakan cream cheese red velvet cookies guna air fryer ?
Rasanya pasti lazat sehingga buatkan tetamu teringat-ingat. Cara untuk membuatnya juga cukup mudah ! Rugi kalau tak cuba buat sendiri.
Jom kita tengok resepi cream cheese red velvet cookies.
Resepi Cream Cheese Red Velvet Cookies Guna Air Fryer, Senang Je !
Bahan-Bahan Untuk Cream Cheese Filling :
- 100 gram cream cheese
- ¼ cawan gula
- Secubit garam
Bahan-Bahan Untuk Dough Cookies :
- ½ cawan mentega, cairkan jika guna mesin pengisar
- ½ cawan gula
- ¼ cawan gula perang
- 1 biji telur gred A
- 1 sudu besar pewarna merah
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 ¼ cawan tepung gandum
- 1/4 cawan serbuk koko
- ½ sudu kecil baking powder
Cara Membuat :
- Gabungkan bahan-bahan untuk buat filling cream cheese hingga sebati. Kemudian, letakkan ke tepi.
- Sekarang, kita akan buat dough untuk cookies pula.
- Pukul mentega dan gula sampai kembang menggunakan mixer atau blender.
- Masukkan telur, pewarna merah dan esen vanilla dan pukul sampai sebati.
- Masukkan pula tepung, serbuk koko dan baking powder kemudian gaulkannya sehingga jadi doh.
- Jika gunakan blender, masukkan tepung dalam bekas adunan secara manual.
- Tutup adunan dengan plastic wrap dan simpan dalam peti ais selama 30 minit untuk dapatkan tekstur.
- Selepas 30 minit, ambil doh yang sudah siap dan buatkan bulatan kecil untuk membentuk cookies. (Anda akan dapat kira-kira 15 hingga 10 biji)
- Leperkan kemudian isikan 1 sudu kecil campuran cream cheese ke dalam setiap biji doh. Tutupkan filling dengan bulatkan semula doh.
- Susun di dalam air tray dan bakar.
- Masak dalam air fryer dengan 160 °C selama 10 minit atau oven dengan suhu 170 °C selama 15 minit.
- Tunggu sehingga cookies sejuk. Susun dan simpan di dalam balang dan sedia untuk dinikmati.
Tak sangka dengan resepi yang cukup ringkas, anda boleh hasilkan kuih raya moden yang cukup enak.
Pasti lebih jimat dan puas hati bila dapat hasilkan cream cheese red velvet cookies sendiri. Bolehlah anda hidangkannya pada keluarga, rakan dan tetamu pada Hari Raya nanti. Selamat mencuba !
Kredit : Rizal KingRiz