Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Kuih Bangkit Santan Yang Rangup dan Cair di Mulut. Mudah Sangat, Guna Sukatan Cawan Je!

Ini Resepi Kuih Bangkit Santan Yang Rangup dan Cair di Mulut. Mudah Sangat, Guna Sukatan Cawan Je!

Kategori: ,

Walaupun terdapat pelbagai kuih raya moden yang buat kemunculan, namun tekak ‘kemelayuan’ kita masih lagi dambakan kuih raya tradisional yang serba ringkas.

Keenakan rasa kuih raya tradisional pasti akan mengingatkan kita pada kenangan zaman dahulu yang indah.

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma ni, apa kata anda cuba buat sendiri kuih bangkit santan? Bahannya tidaklah sukar untuk dicari, cara membuatnya juga cukup ringkas.

Jom kita ikuti resepi kuih bangkit santan yang mudah ni, guna sukatan cawan saja.

Kuih Bangkit Santan

Resepi Kuih Bangkit Santan Guna Sukatan Cawan

Bahan-Bahan :

  • 3 cawan rata tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa (tak campur air)
  • 1 cawan rata gula icing ( Gula icing berikan rasa manis sederhana. Kalau nak manis betul, gunalah gula halus/gula kisar)
  • 2 biji kuning telur grade B
  • sehelai daun pandan yang disiat dan disimpul
  • 1/2 sudu kecil baking powder  (Boleh tambah jika suka)

Cara-Cara :

  • Campur tepung ubi dan tepung gandum lalu sangai atau goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga jadi lebih ringan. Kemudian ayak dan sejukkan.
  • Masak santan bersama daun pandan hingga mendidih kemudian ketepikan.
  • Ayak pula gula ke dalam mangkuk. Campur kan telur lalu pukul kedua-dua bahan ini sehingga kembang.
  • Masukkan tepung yang sudah disangai ke dalam adunan telur dan gula, kemudian tambah santan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
  • Ambil seketul doh, gelek dengan penggelek antara dua helai plastik. Celup acuan dalam tepung sebelum menerap kuih.
  •  Susun atas loyang yang telah disapu dengan majerin dan ditabur sedikit tepung. Setiap kali nak canai dan gelek, doh perlu diuli lagi supaya kuih jadi rangup.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 150°C selama 30 minit atau hingga masak.
  • Biarkan sejuk terlebih dahulu, kemudian boleh masukkan dalam balang dan sedia untuk dinikmati.

Kuih Bangkit Santan

Kuih Bangkit Santan

Mudah saja bukan? Kuih bangkit santan sangat enak dinikmati ketika masih panas atau sejuk. Ia juga sesuai untuk dijadikan salah satu kuih raya wajib di rumah kerana lebih tahan lama jika disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Kredit : kisahresepi.com

tags: |