Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beria Pesan 8 Set Makanan Tapi Makan Sendirian, Netizen Syak Uncle Ni Kehilangan Keluarga Secara Mendadak

Beria Pesan 8 Set Makanan Tapi Makan Sendirian, Netizen Syak Uncle Ni Kehilangan Keluarga Secara Mendadak

Kategori:

Tular di media sosial baru-baru ini tentang seorang lelaki lanjut usia yang mencuri perhatian pelanggan lain ketika sedang makan di kedai mamak.

Menunjukkan kelakuan yang pada awalnya dilihat biasa, lelaki itu sedang duduk di meja yang dicantum panjang berseorangan.

Pada mulanya, dia dilihat menyusun gelas air dan pinggan. Dia juga sempat betulkan kerusi seperti sedang menunggu kehadiran beberapa lagi tetamu untuk makan dengannya.

Kelihatan terdapat lapan set makanan dan minuman terhidang di meja bersama lelaki tersebut.

Order Banyak Tapi Makan Sendirian

Salah seorang individu yang kebetulan menjadi pelanggan di kedai mamak tersebut ketika itu berkongsikan kisah uncle ini di media sosial dan disiarkan semula menerusi Facebook stesen radio Zayan.

“Sambil menunggu terlihatlah uncle ni susun-susun pinggan, air, kerusi macam tengah prepare hidangan makanan. Masa tu tak fikir apa pun…

Lama-lama macam pelik juga. Habis dia susun teratur dan tertib malah susunan kerusi pun ikut line, berkali-kali dia betulkan pinggan macam orang ada OCD (obsessive compulsive disorder). Perfect!”

Ketika makanan pelanggan lain sampai satu persatu, kelihatan uncle itu masih keseorangan. Makin lama, orang sekeliling sudah mula hairan melihatkan gelagat uncle yang agak aneh.

Tak senang dengan apa yang disaksikannya, individu tersebut pun cuba bertanyakan kepada pekerja restoran tentang perihal lelaki lanjut usia yang makan sendirian itu.

Rupanya Uncle Memang Macam Tu

“Aney tu cakap dia memang macam tu. Makan order untuk 8 orang siap hidang dan susun atur elok-elok.  Aney tu cakap dia makan dengan family dia.

Tapi kami tak tahu family dia ada lagi atau takde (mati atau masih hidup), time ni wife aku dah start nangis tgok uncle tu. Anak-anak aku pun sedih dah.

 Uncle tu makan dia punya portion sambil cakap-cakap dgn kerusi sebelah yang ‘kosong’ tu. Aku dah sebak dah tengok reaction uncle ni. Lepas tu dia makan hidangan ‘orang sebelah dia’. Wife aku dah start kena pujuk dgn anak aku.

Ada akak ni lalu belakang dan terlanggar kerusi kosong tu. Uncle ni bangun betul kan kerusi tu. Takdelah muka marah ke apa ke. Tenang je. Sambung makan.

Aney tu cakap uncle ni datang 2 ke 3 kali seminggu. Order portion yg sama tapi hidangan lain-lain. Dia hidang proper dan teratur macam yg kami nampak. Aney tu tapau kalau mkanan tu tak habis.

 Uncle tu siap ingatkn aney ni kalau dia termiss pesanan walaupun satu cawan even air. Dia juga akan bayar full.”

Menurut individu tersebut, walaupun dia pesan banyak tapi makan sendirian, dia tak rasakan uncle tersebut tak waras kerana penampilannya elok, pakai topeng muka dan buat pembayaran seperti pelanggan biasa.

Sejak mula tular di laman media sosial, ramai netizen yang mula berteka-teki di mana keluarga uncle ni atau apa yang sudah berlaku padanya ?

Mungkin Uncle Rindu Pada Keluarga Yang Hilang ?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen syak bahawa mungkin uncle ni sudah kehilangan ahli keluarganya serentak.

Tambahan pula dengan wabak pandemik yang begitu dahsyat pada sekitar 2020 dan 2021, ramai yang kehilangan beberapa ahli keluarga sekaligus akibat wabak Covid-19.

Ada juga netizen yang menganggap uncle ini mungkin terlalu rindukan keluarganya.

Dalam kesempatan itu, netizen yang pernah kehilangan orang tersayang akui faham perasaan yang mungkin dirasakan uncle ni.

Makan Sendirian Makan Sendirian

Kita mungkin takkan faham apa yang uncle ni sudah lalui. Apapun, semoga uncle ni sihat selalu dan bahagia dalam hidupnya.

Sumber : Zayan

 

tags: