Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Khas Untuk Penggemar Nasi Kandar di Kelantan, Ini 10 Port Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu, Menyesal Tak Cuba! 

Khas Untuk Penggemar Nasi Kandar di Kelantan, Ini 10 Port Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu, Menyesal Tak Cuba! 

Kategori:

Negeri Kelantan sinonim dengan hidangan istimewa Pantai Timur seperti nasi kerabu, nasi dagang dan sebagainya. Namun, bagi yang ingin berubah angin sekali-sekala, kalau pekena nasi kandar mesti best,kan? Anda pasti tak sangka sebenarnya ada banyak kedai nasi kandar yang terletak di Kota Bharu!

Nak tahu port nasi kandar paling best di Kota Bharu? Jom kita terjah lokasi nasi kandar paling padu di ibu kota Kelantan!

10 Port Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu, Menyesal Tak Cuba!

10. Nasi Kandar KB Selera Melayu

Restoran ini juga wajib anda pergi untuk rasai hidangan nasi kandar dengan sentuhan Melayu. Restoran Nasi Kandar KB Selera Melayu popular dengan pelbagai juadah ayam yang menyelerakan seperti Ayam India, Ayam Bawang dan Ayam Goreng Spicy.

Jarang dijumpai di kedai nasi kandar lain, di sini anda juga boleh nikmati hidangan ikan keli goreng dan ikan goreng spicy.

Memang ngam kalau makan dengan nasi kuah banjir!

Alamat : S/8, 2527 A, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 5.00 petang (Tutup setiap Jumaat)

No. Telefon : 013-957 5796

Facebook : Nasi Kandar KB Selera Melayu

Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu

9. Nasi Kandar Hussin Beratur

Dikatakan antara Nasi Kandar terpadu di kelantan, boleh dikatakan sepanjang masa ayam madu dan ayam gorengnya laku keras.

Jangan lepaskan peluang untuk cuba daging masak hitam yang menjadi rebutan di sini. Rasa juadah nasi kandar di Hussin Beratur ini juga tidak jauh bezanya dengan yang anda boleh dapati di Pulau Pinang. Harga pun berpatutan dan boleh dikira sebagai antara nasi kandar terbaik di Kota Bharu!

Alamat : 2190D, Jalan Salor – Pasir Mas, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi : 10.30 pagi hingga 5.00 petang (Tutup setiap Jumaat)

No. Telefon : 014 – 828 8447

8. D’Nan Nasi Daun Pisang Tanah Merah

D’Nan Nasi Daun Pisang dalah destinasi wajib untuk anda yang ingin rasai pengalaman makan kuah banjir beralaskan daun pisang.

Restoran ini menawarkan cita rasa masakan India autentik namun tidaklah terlalu pekat, memang ngam dengan cita rasa orang kita.

Antara keistimewaan kedai nasi kandar yang underrated ini adalah ayam masala, kari kepala ikan dan kari kambing. Memang rugi kalau tak cuba!

Alamat : Jalan Pintu Pong, Bandar Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 7.00 malam (Tutup setiap Jumaat)

No. Telefon : 013-996 0653

Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu

7. Restoran Sri Kandar

Di sini anda boleh dapatkan nasi kandar dengan gaya Kelantan. Kalau nak dapatkan pilihan lauk pauk yang lebih banyak, kenalah datang awal sikit!

Jangan lupa untuk padankan nasi kandar dengan ayam goreng panas-panas, paru goreng yang rangup serta kari kepala ikan dan kari bawal yang padu. Memang rugi kalau tak cuba!

Alamat : 834, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kampung Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 4.30 petang (Tutup setiap Isnin)

No. Telefon : 019-465 1826

Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu

Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu

6. Nasi Kandar Banggol 786

Port nasi kandar yang terletak di Banggol ini juga tak kurang hebatnya. Antara menu istimewa yang ditawarkan di sini adalah kari kepala ikan merah dan kari ayam.

Jangan tak tahu, dekat sini anda juga boleh padankan nasi kandar dengan ikan bakar serta solok lada. Menarik, kan? Mesti sedap!

Alamat : Jalan PCB, Kampung Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan

No. Telefon : 012-929 6417

Facebook : Restoran Nasi Kandar Banggol 

Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu

5. Restoran Nasi Kandar Badey

Rata-rata pelanggan sangat menyukai aneka lauk pauk yang disediakan di sini kerana rasanya yang tak terlalu kuat dan bersesuaian dengan cita rasa Melayu. Harganya juga sangat berpatutan.

Pelbagai jenis hidangan kari menanti anda yang ingin nikmati nasi kandar seperti kari ketam, kari udang, kari sotong dan kari ikan tenggiri.

Mereka turut sajikan menu istimewa pada hari Jumaat iaitu Nasi Briyani Kari Kambing untuk santapan pelanggan.

Alamat : Kampung Badang, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam (Tutup setiap Selasa)

No. Telefon : 012-3904858

Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu

4. Nasi Kandar Depan Istana

Orang setempat kata di sinilah port kegemaran Che Puan Sofie Louise Johansson iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan untuk nikmati nasi kandar di Kota Bharu!

Terletak berhadapan dengan Istana Kota Lama di Kota Bharu, anda wajib cuba nasi kandar style Kelantan dengan aneka hidangan seperti kari ikan, daging kerutuk, kari ayam dan paru goreng.

Lokasi : Hadapan Istana Kota Lama, Kota Bharu

No. Telefon : 014-5099969

Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu

Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu

3. Nasi Kandar Melayu Timur

Di sinilah anda boleh dapatkan antara nasi kandar terbaik di Kota Bharu dengan citarasa Melayu. Karinya pekat, memang kena dengan tekak orang kita!

Kalau dah ke sini, jangan lepaskan peluang untuk pekena kari telur ikan tenggiri, kari ikan tongkol dan ayam goreng berempah. Confirm terangkat!

Alamat : Lot 504, Kampung Mulong, 16010 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 4.00 petang (Tutup setiap Jumaat)

No. Telefon : 011-2571 2030

2. LC Nasi Kandar Wakaf Che Yeh

Menggunakan resepi asli dari Pulau Pinang sejak tahun 1949, Nasi Kandar LC Wakaf Che Yeh sentiasa menjadi port kegemaran warga Kota Bharu yang merindui hidangan citarasa Pulau Mutiara.

Selain aneka lauk, Nasi Kandar LC Wakaf Che Yeh juga menawarkan menu roti seperti roti canai, thosai dan capati. Nasi briyani dan mee goreng sotong pun ada!

Alamat : Lot 2894 Tingkat Bawah KG Wakaf Che Yeh 15150 Kampong Padang Enggang, Kelantan

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 11.00 malam (Tutup setiap Isnin dan Selasa)

No. Telefon : 014-519 8676

1. Nasi Kandar Melayu N.Iman

Didakwa sebagai Nasi Kandar Melayu pertama di Kota Bharu, Nasi Kandar Melayu N.Iman sudah tidak asing lagi bagi warga Kelantan. Berbanding restoran nasi kandar lain, restoran ini menghidangkan anek lauk dengan sentuhan citarasa Melayu. Harganya juga cukup berpatutan.

Mereka juga tawarkan menu istimewa dari semasa ke semasa antaranya kari kepala salmon, kari arnab, nasi beriani ayam bawang dengan dragon ball (telur saffron) dan cencaru sambal saiz XXL!

Kalau nak tahu menu istimewa apa yang ada, kenalah follow laman Facebook mereka!

Alamat : PT 15300 138, 139, Jalan Koperatif 3/29, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 5.00 petang (Tutup setiap Jumaat)

No. Telefon : 016-952 0936

Facebook : N.Iman Nasi Kandar Melayu

Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu

Restoran nasi kandar di Kelantan pun tak kurang hebat rupanya! Bagi yang nak merantau ke Pantai Timur, jangan lupa untuk menjamu selera di restoran nasi kandar yang unik di negeri Kelantan! Lain daripada negeri lain tau, rugi tak cuba!

tags: