Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ayam » Laku Keras Waktu Raya, Peniaga Kongsi Resepi Sate dan Kuah Kacang Turun Temurun.

Laku Keras Waktu Raya, Peniaga Kongsi Resepi Sate dan Kuah Kacang Turun Temurun.

Kategori: ,,

Walaupun dah seminggu kita menyambut Hari Raya, namun kemeriahannya masih dirasai. Mana taknya, sudah dua tahun kita tak dapat beraya bersama di kampung halaman, jadi tahun ini ramai yang ‘balas dendam’ dan sambut Raya sepuasnya!

Sekembalinya pula ke rumah masing-masing, anda juga pasti teruja untuk menerima tetamu yang akan datang beraya.

Bagi yang ingin adakan rumah terbuka, pasti anda sedang merancang menu untuk dihidangkan pada tetamu.

Khas buat anda yang suka masak sendiri di rumah, apa kata pada tahun ini anda cuba buat sate sendiri. Resepi ini bukan dari calang-calang orang, malah ia dikongsikan dari seorang peniaga yang berpengalaman.

Tentunya lebih enak dan dijamin puas hati. Jom kita semak resepi sate turun temurun yang dikongsikan!

Resepi Sate

Resepi Sate dan Kuah Kacang Homemade

Bahan-Bahan Untuk Sate :

  • Isi dada @ paha ayam 10 kg
  • Gula 3 kg
  • Garam 5 sudu (jangan membukit, ngam-ngam saja)
  • Ajinomoto 2 sudu
  • Serbuk kunyit Babas 125 gram

Resepi Sate

Bahan-Bahan Kisar Untuk Sate :

  • Jintan manis biji 20 sudu
  • Jintan putih biji 10 sudu
  • Serbuk ketumbar Babas 10 sudu
  • Serai 10 batang
  • Lengkuas 2 ibu jari
  • Halia 2 ibu jari
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang besar 2 biji

Bahan Renjis Semasa Bakar :

  •  2 sudu susu pekat manis atau santan
  • Air perapan sate
  • Sedikit air kosong
  • Minyak masak

Cara-Cara :

  • Potong dadu isi ayam, kulit ayam (celur sekejap) yang dipotong kecil. Masuk semua bahan termasuk bahan kisar dan gaul rata.
  • Perap selama 2 hingga 3 jam. Bila sudah siap perap, cucuk pada lidi.
  • Satukan bahan renjis. Renjis pada sate ketika sedang dibakar. Bau akan jadi harum semerbak.

Resepi Sate

Resepi Sate

Resepi Sate

Resepi Kuah Kacang

Resepi Sate

Bahan-Bahan :

  • Kacang Tanah 3 kg
  • Minyak masak 1 kg
  • Cili kering
  • Gula 1 kg
  • Garam
  • Air perapan sate 5 cawan

Bahan-Bahan Kisar :

  • Jintan manis biji 10 sudu
  • Jintan putih biji 5 sudu
  • Serbuk ketumbar Babas 5 sudu
  • Serai 5 batang
  • Lengkuas 1 ibu jari
  • Halia 1 ibu jari
  • Bawang putih ½ labu
  • Bawang besar 1 biji

Cara-Cara :

  • Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan kacang bila minyak sudah panas. Kacau sekejap jangan sampai hitam. Angkat dan ketepikan.
  • Kemudian, goreng pula cili kering. Angkat dan sejukkan.
  • Bila kacang dan cili kering sudah sejuk, tumbuk atau kisar (campur air) kedua-dua bahan ini. Ketepikan.
  • Tumiskan bahan-bahan kisar dalam kuali sehingga pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan kacang dan cili kering yang sudah dikisar tadi. Perasakan dengan gula dan garam serta Ajinomoto ikut citarasa masing-masing.
  • Sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Begitulah caranya untuk buat sate dan kuah kacang. Resepi sate ni nak kata susah sangat pun tak, Cuma kena beli barang dapur banyak sikit lebih-lebih lagi rempah ratus.

Barulah rasa sama macam dekat kedai. Kalau buat ramai-ramai dengan family pasti tak terasa penatnya, malah lebih seronok.

Jangan lupa untuk cuba resepi ini bila nak buat rumah terbuka nanti. Selamat mencuba!

Kredit : Aisyah Mohd Nor via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

tags: |