Bagi yang lebih suka bungkus makanan di restoran McD, anda pastinya biasa pesan makanan melalui lorong pandu lalu.
Sememangnya lebih mudah dan ringkas. Tetapi, yang menjadi masalah bila ke drive-thru, ada kalanya giliran agak lambat disebabkan oleh kereta yang terlalu banyak.
Bila terlalu ramai, pekerja drive-thru McD juga boleh pening dan kelam kabut sebab terlampau banyak sangat pesanan dalam satu masa.
Namun, ia bukan menjadi satu masalah bagi satu pekerja ini. Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang gadis yang bekerja di bahagian pandu lalu bagi salah satu cawangan McDonald’s telah berkongsi kemahirannya dalam multitasking.
https://www.tiktok.com/@your.gir1_/video/7093606059947887899?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=your.gir1_&t=1652063691549
Rata-rata netizen cukup kagum dengan kebolehan gadis ini dalam mengambil pesanan, mengambil bayaran serta memulangkan baki dengan sangat cekap dan pantas. Memang tak dinafikan kelajuan wanita ini untuk selesaikan pesanan memang patut dipuji. Laju gila!
Netizen yang juga berpengalaman bekerja di McD juga akui bahagian pandu lalu adalah kerja yang paling mencabar kerana minda dan telinga perlu peka.
Selain itu, warganet juga akui bukan mudah untuk mahir seperti gadis ini. Warganet juga tertanya-tanya berapa lamakah pengalaman bekerja gadis ini sampai boleh buat kerja laju macam ni.
Justeru itu, ramai yang meminta supaya gadis ini dibayar gaji lebih! Lagipun, memang krew bahagian pandu lalu buat banyak kerja dalam satu masa.
Kalau pantas macam ni, alamatnya memang gembiralah pelanggan yang sedang beratur di pandu lalu. Order cepat, dapat makanan pun cepat.
Melihatkan kemahiran wanita ini dalam multitasking, kebanyakan netizen akui wanita memang mahir dalam selesaikan banyak kerja dalam satu masa.
Sebagai krew McD, pemuat naik video juga bersetuju yang pekerja wanita memang cekap bekerja di kaunter, manakala krew lelaki lebih mahir di bahagian dapur. Semua orang mesti ada kelebihan masing-masing, kan?
Jarang betul kita dapat lihat pekerja drive-thru McD beraksi macam ni. Memang respeklah! Tangkas betul buat kerja.
Siapa ada pengalaman kerja di restoran pandu lalu macam ni? Jom kongsikan bersama kami di ruangan komen!
Kredit : TikTok @your.gir1