Jika menyebut topik yang berkaitan dengan KFC, kebanyakan orang pasti akan teringat akan memori indah ketika juadah KFC dihidangkan.
Kita selalu membelinya bagi meraikan sesuatu kejayaan misalnya, dan ia dianggap sebagai hidangan mewah.
KFC, yang merupakan jenama besar banyak membuat kolaborasi dengan pihak tertentu seperti Genshin Impact, BTS, dan juga Crocs.
Terbaharu, reka bentuk selipar Crocs yang berkolaborasi dengan rangkaian makanan segera Amerika, Kentucky Fried Chicken (KFC) kembali menarik perhatian orang ramai apabila corak seliparnya mempunyai ketulan ayam yang berciri tiga dimensi (3D) dengan harga yang tinggi.
Crocs merupakan jenama kasut dan selipar yang terkenal suatu ketika dahulu umumnya, dengan menampilkan produk yang selesa, ringan dan tahan lasak untuk dipakai.
Menurut fakta yang diterbitkan KFC x Crocs, kolaborasi ini diadakan pada dua tahun lepas iaitu pada tahun 2020 lagi.
Kerjasama itu menampilkan tapak buih Croslite putih lengkap dengan lubang pengudaraan yang dihiasi dengan cetakan ayam goreng.
Tambahan, apa yang lebih menarik lagi, setiap pasang selipar didatangkan lengkap dengan dua Jibbitz dan ia berbau seperti ayam goreng. Hal ini menjadi faktor penarik yang istimewa buat selipar Crocs tersebut.
KFC x Croc beb. Tapi dia punya harga tu dah boleh bayar kolej kediaman UiTM untuk satu sem dah. pic.twitter.com/anA1isqgLn
— brgsjks (@brgsjks) May 8, 2022
Menurut satu ciapan di Twitter daripada pengguna @brgsjks, dia menciap satu hantaran tentang reka bentuk selipar berkenaan. Katanya, harga yang dijual begitu memeranjatkan sehingga mencecah RM700 lebih sepasang.
Menurutnya, harga tersebut bersamaan dengan yuran kolej kediaman universiti seperti UiTM untuk tempoh satu sem.
Dalam perkembangan sama dan menjengah komen orang ramai, ada yang memberi jenaka kepada hantaran berkenaan dan menyatakan itulah sebab dan salah satu faktor ayam di KFC asyik habis.
Berdasarkan salah seorang pengguna Twitter, @itsnapi, dia berkata, “patot la ayam takda stok”.
Kenyataan ini juga bersependapat dengan satu lagi pengguna Twitter lain yang memberi jenaka hampir sama daripada @ishidakun dengan menyatakan, “patutlah haritu ayam KFC asyik habis”.
Dalam perkembangaan yang sama, ada juga beberapa netizen yang berpandangan reka bentuk selipar berkenaan tidak berapa cantik dan kurang memikat hati.
Menurut @kroolnazim dan @faddddiyana, reka bentuk selipar itu seakan mempunyai seketul najis di bahagian hadapannya.
“Buruk gila dah macam ada seketul taik melekat kat selipar itu,.’ kata @koolnazim.
Walau bagaimanapun, reka bentuk yang unik dan tersendiri sebegini merupakan satu langkah yang strategik oleh pihak Crocs dan KFC kerana ia lain daripada yang lain.
Dan, apa yang lebih mengujakan lagi, semasa keluarannya pada tahun 2020, kombinasi selipar tersebut terjual habis hanya dalam masa beberapa minit.
Sumber: @brgsjks
Baca juga: Kena Sindir Dengan Pelanggan Yang Naik Kereta Mewah, Pekerja Ini Hanya Mampu Sabar